Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Kini Membolehkan Pengguna iPhone Terbitkan Perkongsian Ke Multi-Akaun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Kini Membolehkan Pengguna iPhone Terbitkan Perkongsian Ke Multi-Akaun

Instagram hari ini telah mula memperkenalkan kebolehan perkongsian dan menerbitkan sesuatu gambar dan video ke multi-akaun di Instagram. Buat masa ini, fungsi ini terhad kepada pengguna iPhone, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Android pada masa akan datang.

Instagram Multi-AccountSeperti ramai sedia maklum, sebelum ini Instagram telah sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna menerbitkan perkongsian ke laman sosial yang lain. Melalui kemaskini baru ini, pengguna turut boleh memilih untuk menerbitkan perkongsian mereka pada akaun-akaun Instagram lain yang dihubungkan ke akaun mereka.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan sesuatu perkongsian tanpa perlu melakukannya beberapa kali seperti sebelum ini.

Ciri ini juga mungkin membantu pengguna akaun yang menguruskan jenama atau organisasi – selain turut boleh menerbitkan perkongsian sama ke akaun peribadi mereka.

Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna iPhone.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FqPpKG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.