Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan


Seorang lelaki dari India diselamatkan oleh polis tempatan, selepas menguburkan dirinya selama kira-kira 8 jam. Apabila disoal siasat, beliau berkata tindakan itu dilakukan untuk dilahirkan semula sebagai Tuhan.

Kejadian ini bermula ketika Deeraj Kharol, seorang tantra yang tinggal di kuil di kampung Karocho ka Khda, Rajasthan, India, mengumumkan bahawa beliau merancang untuk menguburkan dirinya sebagai sebahagian dari ritual aneh untuk mencapai 'samadhi', dan dibangkitkan semula sebagai Tuhan (tiga hari kemudian).

Daripada mempersoalkan idea 'gila', penduduk kampung bersemangat dan menawarkan bantuan kepadanya. Mereka pun menggali lubang berhampiran kuil yang Deeraj tinggal di.

Pada hari pertama Navratra, penduduk kampung akhirnya menanam lelaki itu mengikut arahan yang diberikan. Ritual ini juga disaksikan oleh beberapa penduduk dari kampung sekitar. Setelah menutup lubang itu dengan kepingan batu dan lumpur, mereka meneruskan upacara di kubur Deeraj.

Berita tentang ritual itu tersebar dengan pantas di kalangan masyarakat setempat dan sampai ke pengetahuan pihak polis daerah Rajashtan. Sejumlah pegawai bergegas ke kampung Karocho ka Kheda untuk menyelamatkan Deeraj.

Bagaimanapun kehadiran pegawai polis di tapak upacara, mereka telah di halang oleh penduduk tempatan kerana ia dianggap mengganggu upacara mereka. Selepas melalui proses perbincangan yang panjang, pegawai polis yang bernama Mansingh berjaya meyakinkan penduduk bahawa Deeraj akan mati lemas jika mereka tidak dibenarkan untuk membongkar kuburnya.

Apabila kubur dibongkar, keadaan Deeraj kelihatan sangat membimbangkan dan hampir tidak sedarkan diri. Beliau dibawa ke pusat kesihatan terdekat, dan menurut laporan keadaan semakin stabil.

Beliau memberitahu pegawai-pegawai bahawa ritual itu adalah hasratnya sendiri untuk mencapai 'samadhi', ini tidak ada kaitan dengan penduduk kampung kerana mereka hanya membantu mengikut

arahannya.

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VBE0xz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.