Hisense Melancarkan Televisyen Android TV Dengan Panel ULED 4K
Kebiasaan televisyen dengan resolusi tinggi dengan kemampuan beri hasil kandungan HDR, warna cerah, terang dan sangat puas menonton adalah televisyen dengan panel OLED. Tetapi televisyen OLED harganya biasa agak mahal. Jadi, dari situ teknologi ULED hadir. Ia adalah panel LCD dengan teknologi backlight LED tersendiri yang menggunakan titik kuatum (QD) dan harganya boleh mencecah 50% daripada televisyen OLED.
Pada acara CES 2019, Hisense telah memperlihatkan beberapa televisyen Android TV dengan panel ULED 4K. Terdapat 8 televisyen yang telah dilancarkan, pertama adalah Hisense H9F – sebuah televisyen Android TV 4K ULED 55-inci dengan tanda harga $699.99 (~RM2869), Hisense H8F ULED 4K 50-inci yang juga adalah Android TV yang dijual pada harga $399.99 (~RM1640) dan Hisense H65 tanpa ULED iaitu televisyen Android TV yang tidak menggunakan panel ULED yang ditawarkan pada harga $349.99 (~RM1434).
Untuk televisyen premium mereka pula, model 75U9F adalah televisyen ULED 4K 75-inci Android TV dengan kecerahan maksima sehingga 2200 nits dan kemampuan memalapkan kecerahan skrin. Ia dijual pada harga $3,499 (~RM14,341). Model kedua adalah 65H9F yang dijual pada harga $999.99 (~RM4098), membezakan 65H9F dengan 75U9F adalah ia hanya mempunyai kecerahan sehingga 1000 nits. Kedua-dua televisyen ini mempunyai algoritma kecerdasan buatan untuk menetapkan audio dan video mengikut keadaan yang sesuai untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan. Hisense 65H8F pula adalah model yang tidak mempunyai algoritma dan memalapkan atau menetapkan kecerahan skrin adalah secara manual – ia dijual pada harga sedikit murah, iaitu $749.99 (~RM3074).
Terdapat juga beberapa televisyen yang tidak menjalankan sistem operasi Android TV – kerana ia menggunakan Roku TV, sejenis sistem operasi untuk pasaran Amerika Syarikat. Ia dijual dari harga $599.99 sehingga $799.99 sahaja.
Beberapa model dengan panel ULED ini akan dijual bermula bulan Mei ini. Manakala, bagi yang tidak inginkan panel ULED – boleh dapatkan sekitar tahun ini juga, tetapi tidak pasti bila. Tidak pasti jika Hisense akan membawa televisyen ini ke pasaran Malaysia. Kali terakhir mereka jual di Malaysia adalah Hisense U7A, U9A dan Hisense Laser TV yang dijual pada harga dari RM6999 sehingga RM39999.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2sf3C5U
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment