Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Yang Menganggu Bermula Julai 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Yang Menganggu Bermula Julai 2019

Pembangun pelayar web Chrome hari ini telah berkongsi beberapa kemaskini berkaitan ciri halangan iklan yang bakal disertakan pada pelayar web berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, Google sebelum ini telah mengumumkan yang mana pelayar web Chrome akan mula menghalang iklan yang mengelirukan pengguna. Lanjutan daripadanya, kini Google turut mengatakan yang mana mereka akan mula menghalang iklan yang menganggu pengalaman pelayaran pengguna bermula Julai 2019 ini.

Google Iklan Menganggu

Sejumlah iklan dikategorikan dibawah iklan menganggu – termasuk antaranya adalah iklan pop-up, iklan yang memainkan audio dan video secara automatik, iklan berbentuk sticky, iklan dengan pengiraan masa, iklan beranimasi, dan sebagainya.

Selari dengan pengumuman ini, Google kini membolehkan pemilik web menyemak status web mereka melalui Google Webmasters dan lebih mengoptimasikan paparan halaman mereka supaya tidak menganggu pengguna.

Langkah ini semestinya sangat membantu pengguna dalam memberikan pengalaman pelayaran yang lebih baik – selain pada masa yang sama membolehkan pemilik web untuk menerima pelawat yang akan habiskan masa lebih lama pada web mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2skqu3L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.