Lexar Hadir Dengan Kad SDXC Berkapasiti 1TB – Berharga Melangkaui RM2000
Dengan lebih ramai menggunakan kamera untuk rakaman video 4K, semestinya anda perlukan ruangan storan yang sangat besar. Kini, selari dengannya, Lexar hari ini telah pun melancarkan kad SDXC yang pertama yang hadir dengan kapasiti 1TB.
Penawaran kad 1TB ini akan memudahkan lagi pengguna untuk merakamkan video 4K tanpa risau masalah kapasiti. Ia hadir dengan sokongan membaca pada kelajuan 95MB/s, selain menawarkan sokongan rakaman video pada kelas V30.
Lexar akan memasarkan kad SDXC 1TB ini pada harga $500 (~RM2052). Ia tidak diketahui lagi bilakah kad storan ini akan memasuki pasaran tempatan.
Untuk makluman, SanDisk sebelum ini telah mengumumkan kad SDXC 1TB, tetapi ia tidak dikomersialkan lagi sehingga ke hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2AFOSBI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment