Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengambil Bekas Eksekutif Bateri Samsung Untuk Mengetuai Unit Pembangunan Bateri Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengambil Bekas Eksekutif Bateri Samsung Untuk Mengetuai Unit Pembangunan Bateri Global

Saban tahun bateri yang digunakan pada iPhone adalah jauh lebih kecil berbanding yang ditemui pada peranti pesaing. iPhone XS Max misalnya hanya dilengkapi bateri sebesar 3174 mAh sedangkan Huawei Mate 20 Pro dengan saiz skrin setanding dilengkapi bateri sebesar 4200 mAh. Tidak mengejutkan hayat bateri iPhone XS Max adalah rungutan yang kami ketengahkan di dalam ulasan penuh tahun lalu.

Menurut laporan Bloomberg, Apple telah mengambil bekas eksekutif Samsung SDI untuk mengetuai unit pembangun bateri global mereka. Soonho Ahn yang merupakan bekas timbalan presiden kanan Samsung SDI telah menyertai Apple sejak Disember 2018. Ini menurut Bloomberg adalah petanda awal mereka mungkin sedang membangunkan teknologi bateri mereka sendiri.

Sejak kebelakangan ini Apple telah mengambil pelbagai langkah untuk  mereka sendiri komponen iPhone seperti modem bagi mengurangkan pergantungan kepada pihak ketiga. Pada awal bulan lalu, Apple mendedahkan Samsung ialah pembekal utama majoriti komponen iPhone. Pasti ramai pengguna berharap dengan pelantikan Soonho Ahn, mungkin kapasiti bateri iPhone akan akhirnya meningkat seperti peranti Samsung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2B1vHCk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.