Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenderaan Udara Peribadi Boeing Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Sulung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenderaan Udara Peribadi Boeing Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Sulung

Fiksyen sains meramalkan kenderaan terbang peribadi akan digunakan secara meluas seawal 2012 namun realiti tidak seindah cereka. Tetapi terdapat ramai pengeluar telah memulakan projek kenderaan peribadi bagi memenuhi keperluan pasaran. Boeing semalam telah mengumumkan Private Air Vehicle (PAV) mereka telah berjaya melakukan ujian penerbangan sulung.

PAV ialah kenderaan elektrik hibrid di bawah projek Boeing NeXt yang terbang menegak menggunakan lapan pasang kipas sebelum melakukan transisi ke penerbangan mendatar menggunakan sayap konvensional. Sebuah kipas penolak terletak pada belakang kabin. PAV sepanjang 9.14 meter dan 8.53 meter ini direka untuk membawa penumpang atau kargo seberat 226.80 kilogram dengan jarak operasi sehingga 80 kilometer dengan sekali caj.

Ujian mengapung sahaja dilakukan setakat dengan perancangan penerbangan mendatar dilakukan menjelang penghujung 2019. Selain Boeing, syarikat Airbus, Ehang, Volocopter dan Kitty Hawk turut telah melakukan penerbangan ujian utuk kenderaan udara peribadi mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DuDUke

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.