Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motorola Mempatenkan Rekaan Telefon Pintar Tanpa Butang Fizikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motorola Mempatenkan Rekaan Telefon Pintar Tanpa Butang Fizikal

Semalam Meizu Zero diumumkan yang merupakan telefon pintar pertama tanpa sebarang butang atau lubang fizikal pada bahagian tubuh. Ia digantikan dengan butang haptik dan pengecasan nirwayar sepenuhnya. Konsep ini menarik tetapi kurang praktikal seperti yang kami alami sendiri dengan HTC U12+ sebelum ini. Sungguhpun begitu trend “nirbutang” ini mungkin akan menjadi ikutan Motorola pula.

Dokumen paten mereka diterbitkan di laman WIPO pada 17 Januari lalu menunjukkan peranti yang tidak mempunyai sebarang butang fizikal. Berbeza dengan HTC U12+, peranti boleh mengenali genggaman pengguna dan mengubah lokasi butang pada sisi mengikut keselesaan pengguna. Kedudukan butang kawalan juga berubah apabila berada pada kedudukan mendatar atau menegak.

Pada skrin terdapat pengimbas cap jari dan paparan butang kuasa. Paten rekaan ini amat menarik dan berbeza dengan sistem sedia ada. Sungguhpun begitu kewujudan paten tidak bermaksud peranti nirbutang ini akan dihasilkan oleh Motorola dalam masa terdekat.

Sumber WIPO menerusi 91Mobile



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2B27Ylx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.