Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mengesahkan Bakal Melancarkan Telefon Pintar 5G Boleh-Lipat Pada MWC 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mengesahkan Bakal Melancarkan Telefon Pintar 5G Boleh-Lipat Pada MWC 2019

Huawei hari ini telah mengadakan acara pra-perkongsian untuk MWC 2019, dimana mereka berkongsi sejumlah perkembangan menarik syarikat mereka. Pada acara sama, Huawei turut mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon 5G pertama mereka pada acara MWC 2019 yang dijadualkan penghujung Februari 2019 ini.

Huawei 5G MWC 2019

Huawei mengatakan telefon pintar 5G mereka ini akan dijana cip Kirin 980 dan dilengkapi modem 5G mereka tersendiri, iaitu Balong 5000. Menariknya, telefon 5G berkenaan juga dijangka akan hadir dalam bentuk telefon boleh-lipat – salah satu trend baru yang dijangka popular pada tahun ini.

Balong 5000 turut dipertontonkan untuk mencapai kelajuan sehingga 6.5Gbps – selain dikatakan berkuasa dan menawarkan kelajuan lebih 10 kali ganda berbanding 4G LTE sebelum ini.

Huawei 5G MWC 2019

Info penuh mengenai telefon pintar boleh-lipat daripada Huawei ini masih tidak diketahui lagi. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dijangka menawarkan skrin sekitar 8-inci yang boleh dilipat dan disimpan dalam poket – sekaligus membolehkan anda menikmati kandungan pada skrin saiz tablet, selain memudahkan ia membawa kemana-mana dan gunakannya seperti telefon pintar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2019 ini untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar terbaru Huawei ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FV5R6h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.