Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guan Eng: Kadang-kala jadi bapa lebih sukar dari jadi menteri dan melahirkan rasa simpati terhadap Mohamad Sabu… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guan Eng: Kadang-kala jadi bapa lebih sukar dari jadi menteri dan melahirkan rasa simpati terhadap Mohamad Sabu…

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa simpati terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikutan penahanan anak lelakinya kerana disyaki positif dadah dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata Mohamad telah melakukan perkara yang tepat dengan secara terbuka menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes anak lelakinya berusia 31 tahun itu.

Menurutnya, ia merupakan langkah tepat memandangkan tiada sesiapa pun di negara ini yang lebih tinggi daripada undang-undang dan Perlembagaan.

“Saya amat simpati kepada beliau kerana walaupun sukar untuk menjadi menteri, tetapi kadang kala ia lebih sukar untuk menjadi seorang bapa,” kata Anggota Parlimen Bagan itu kepada pemberita hari ini.

Beliau turut melahirkan sokongan kepada Mohamad dan berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada keluarga beliau serta membiarkan proses undang-undang diambil dengan sewajarnya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata beliau memahami apa yang dialami Mohamad ketika ini kerana anaknya juga pernah dituduh mencabul rakan sekelasnya.

“Saya memahami keadaan Mat Sabu kerana saya sendiri juga seorang bapa… Lebih-lebih lagi keluarga saya yang selalu menjadi sasaran. Jadi saya berharap mereka akan bertabah hati dalam menghadapi cabaran ini,” katanya.

Dalam laporan media semalam, anak Mjohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan rakannya berusia 33 tahun ditahan dalam pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 pagi.

Kedua-dua lelaki berkenaan disyaki positif dadah jenis ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis.

The post Guan Eng: Kadang-kala jadi bapa lebih sukar dari jadi menteri dan melahirkan rasa simpati terhadap Mohamad Sabu… appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2sdNjpN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.