Hi! Welcome Back and Stay Tune! Withings Melancarkan Beberapa Produk Kesihatan Baru, Termasuk Dengan Jam Tangan Pintar Analog Yang Menyokong ECG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Withings Melancarkan Beberapa Produk Kesihatan Baru, Termasuk Dengan Jam Tangan Pintar Analog Yang Menyokong ECG

Pada tahun 2016, Nokia membeli Withings untuk melancarkan produk-produk kesihatan digital. Dua tahun kemudian, Nokia menjual kembali Withings kepada pengasas Withings atas tidak membawakan sebarang keuntungan. Terkini, Withings telah melancarkan beberapa produk baru pada acara CES 2019.

Produk yang paling mengambil perhatian adalah Withings Move ECG. Ia adalah sepasang jam tangan pintar analog dengan sokongan ECG. Kali terakhir kita lihat sokongan ini adalah pada Apple Watch Siri ke-4. Menariknya, Move ECG adalah sejenis jam tangan pintar atau hibrid yang tidak sehebat Apple Watch, tetapi mempunyai sokongan sensor elektrokardiogram. Kemudian, salah satu daripada tiga elektrod sensor ECG ini terbina pada bingkai jam tersebut. Move ECG ini turut menyokong perlindungan kalis air 50m dan ketahanan bateri sehingga satu tahun serta ciri/fungsi asas penjejak kesihatan. Mengejutkan, Move ECG ini dijual dengan tanda harga hanya $130 (~RM534) sahaja.

Bersama-sama dengan Move ECG, Withing turut melancarkan Withings Move – iaitu jam tangan pintar asas mereka yang baru. Fokus Withings Move adalah untuk menjejak kesihatan, tidur dan lain-lain. Menariknya, bateri jam tangan ini tahan selama 18 bulan lamanya. Tali jam Withings Move turut boleh diubahsuai dan ia boleh dikatakan antara jam tangan pintar asas Withings paling murah iaitu $70 (~RM288) sahaja.

Satu lagi produk baru yang Withings lancarkan turut menyokong ECG. Produk ini adalah Withings BPM Core, ia adalah untuk menyemak kadar tekanan darah. Selain daripada itu, ia turut boleh menyemak ECG dan kadar nadi pengguna. Menarik dengan Withings BPM Core, dalam masa 90 saat – ia boleh membuat kesemua semakan serentak. Pengguna turut mempunyai pilihan untuk menyemak satu per satu. Alat ini dijual pada harga yang boleh dikatakan munasabah, iaitu $250 di mana ia adalah sekitar RM1027 sahaja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2C4pEg7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.