Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah “Sejadah Kuning Kelantan”, Semua Orang Pandang Saya Termasuk Tok Imam Macam Salah Besar Sebab Solat Atas “Sejadah Kuning”. Saya Cuba Berundur Namun…. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah “Sejadah Kuning Kelantan”, Semua Orang Pandang Saya Termasuk Tok Imam Macam Salah Besar Sebab Solat Atas “Sejadah Kuning”. Saya Cuba Berundur Namun….

Masya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri’tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar ‘Sultan’ bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar ‘Raja Muda’ baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar ‘Sultan’ baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

First time dalam malaysia pintu istana dibuka untuk rakyat jelata bukan untuk menerima anugerah, tapi untuk menyembah Raja kepada segala raja.

The post Kisah “Sejadah Kuning Kelantan”, Semua Orang Pandang Saya Termasuk Tok Imam Macam Salah Besar Sebab Solat Atas “Sejadah Kuning”. Saya Cuba Berundur Namun…. appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LUy8Lj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.