Kisah Raja yang Turun Takhtanya Demi Sebuah Cinta
Sebelum semua orang share atau kutuk artikel ini, tolong baca perabeh dulu. Ini bukan satu artikel berbaur hasutan pada Sultan Kelantan. Jangan baca tajuk saja. 🙁
Penafian. Artikel ini hanyalah satu daripada lembaran sejarah lama Empayar British. Tiada kaitan dengan negara kita atau Sultan Sultan kita. Pihak tambahcheese.com tiada komen tentang perkembangan terkini Sultan Kelantan. Tak membawa faedah pada kami atau rakyat jelata lain untuk komen atau membuat andaian apa apa tentang peletakan jawatan Sultan Muhammad. Kalau komen tersalah , masuk ke dalam pulak Paklong . Kalau komen betul pun tak dapat hadiah apa pun. Daulat Tuanku , Raja yang Soleh walaupun Tuanku telah letak jawatan 🙂
Edward VIII (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; selepas itu Putera Edward, Duke Windsor; 23 Jun 1894 – 28 Mei 1972) merupakan Raja Great Britain, Ireland, Kerajaan Komanwel dan Maharaja India sejak kemangkatan ayahandanya, George V (1910–36), pada 20 Januari 1936, sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Disember 1936.
Simpson atau nama sebenarnya Bessie Wallis Warfield sudah berkahwin sebanyak dua kali semasa bertemu dengan Putera Edward, Duke of Windsor pada tahun 1931. Hubungan sulit yang terjalin selepas itu walaupun ketika itu masih berkahwin dengan suami keduanya, Ernest Aldrich Simpson menjadi bahan gosip masyarakat ketika itu. Dan ketika baginda menaiki takhta dengan gelaran Raja Edward VIII, pengumumannya untuk mengambil Simpson mencetuskan krisis perlembagaan Britain dan konflik dengan Gereja Anglican. Akibat daripada semua ini, Edward VIII melepaskan takhta demi meraih cinta sejatinya itu.
Selepas perkahwinan pertamanya dengan juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat, Earl Winfield Spencer Jr berakhir dengan perceraian pada tahun 1927, anak kelahiran Pennsylvania ini mula mengadakan hubungan tauke perkapalan, Simpson yang membawa kepada tindakan menceraikan isteri pertamanya, Dorothea Dechert dan perkahwinan pada tahun 1928. Pasangan bahagia ini menikmati kehidupan mewah di London di mana salah seorang kenalannya merupakan perempuan simpanan Edward VIII, Thelma Furness. Furness bukan calang-calang wanita kerana beliau merupakan isteri kepada Viscount Pertama dari Furness, Marmaduke Furness.
Hubungan cinta dua insan ini mula terjalin pada tahun 1934. Walaupun masih berkahwin, itu tidak menghalang Simpson menjalin hubungan terlarang tersebut. Bagi Edward pula, hubungan sebegini bukanlah satu kejutan baginya. Ini kerana sepanjang tahun 1920-an dan 1930-an, baginda mempunyai hubungan sulit dengan ramai isteri orang kenamaan sehingga menimbulkan kegusaran ayahandanya sendiri, Raja George V, Perdana Menteri Stanley Baldwin dan kenalan-kenalan rapat baginda. Dengan Simpson sendiri, Edward VIII memberi sepenuh perhatian kepadanya dan banyak memberi hadiah berharga. Walau bagaimanapun, baginda menegaskan tiada sebarang hubungan sulit berlaku dan tidak aci Simpson dipanggil perempuan simpanannya. Namun itu sudah mencukupi merenggangkan lagi hubungan tegang George V-Edward VIII sehinggakan semasa baginda membawa Simpson ke istana untuk diperkenalkan, ayahanda dan bonda baginda, Permaisuri Mary enggan berjumpa dengannya.
Dari segi perhubungan awam pula, kisah cinta Simpson-Edward VIII sudah mendapat tentangan pihak Gereja Anglican. Alasan mereka, mana-mana pasangan yang bercerai tidak boleh berkahwin semula selagi mana pasangan cerai mereka masih hidup dan ini terpakai kepada Simpson. Sementara Kabinet Baldwin dan khalayak awam turut menentang hubungan tersebut dengan khalayak tidak berminat melihat seorang wanita yang mempunyai kerakyatan Amerika sebagai permaisuri mereka. Menurut Anne Sebba, penulis buku biografi Simpson yang bertajuk That Woman yang diterbitkan pada tahun 2011, beliau dianggap perempuan pisau cukur yang mahu membolot harta Edward VIII.
Isu dua bekas suami Simpson yang masih hidup turut menjadi satu isu besar pada tahun 1930-an. Menurut Sebba, keluarga diraja bimbang Spencer dan Simpson akan menggunakan kedudukan dan pengetahuan mereka berkenaan bekas isteri mereka ini untuk mengugut Edward VIII. Satu lagi isu ialah permulaan hubungan itu sendiri. Semua sedia maklum hubungan cinta ini terjalin tatkala Simpson masih lagi berstatus suami orang. Dan jika hendak bercerai, mana-mana pasangan yang mahu melakukannya bersumpah tidak melakukan perbuatan zina. Sebba menambah, jika Simpson berjanji beliau tidak melakukan zina, maka itu merupakan satu pembohongan kerana ia sememangnya diketahui umum tetapi tetap satu penipuan.
Di sebalik semua ini, Edward VIII enggan memutuskan hubungan dengan Simpson walaupun selepas menaiki takhta menggantikan ayahandanya, Raja George V. Hasratnya memperisterikan Simpson mencetuskan krisis perlembagaan sehingga hampir menumbangkan kerajaan pimpinan Baldwin. Untuk mengelak krisis tersebut berpanjangan, Edward VIII turun takhta dan berkahwin dengan Simpson di Perancis pada tahun 1937 selepas sah bercerai. Beliau tidak menerima gelaran HRH (Her Royal Highness) dan ketegangan dengan keluarga diraja berterusan termasuk kehadirannya semasa majlis pertabalan anak saudara Edward VIII, Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.
Jika ada merasakan semua ini berakhir selepas mereka berkahwin, anda salah. Permaisuri Mary menyifatkan apa yang dilakukan Edward VIII satu pengkhianatan dan bertindak memencilkan Duke of Windsor itu. Ini ditambah pula pandangan orang ramai yang menyifatkan pasangan ini anti-Semitik dan penyokong Nazi.
Pada tahun sama, pasangan ini mengembara ke Jerman dan minum teh bersama diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler di Berghof, Berchtesgaden. Selepas lawatan tersebut diketahui umum, Edward VIII dianggap pengecut sementara Simpson pula dilabel terlalu ego. Untuk mengelak situasi menjadi lebih buruk, kerajaan memindahkan pasangan ini ke Bahamas di mana Edward VIII dilantik sebagai Gabenor Bahamas sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu, mereka dibenarkan pulang ke Perancis tetapi tidak dibenarkan kembali ke Britain.
Di khalayak ramai, Simspon mengekalkan imej sebagai wanita penyayang terhadap Edward VIII tetapi semua itu hanyalah wayang semata-mata. Pasangan ini sentiasa bergaduh kerana sentiasa mengalami kekurangan duit dan Simpson sendiri tidak berminat menyemarakkan cintanya terhadap baginda. Malah, untuk bertahun-tahun lamanya, Simpson sudah jatuh hati dan menggilai seorang warga Amerika bernama Herman Rogers yang sudah berkahwin. Bagaimanapun, beliau gagal menjadikan Rogers kekasih barunya seperti yang dilakukan terhadap suaminya sebelum itu. Dan sebelum dan semasa perkahwinannya dengan Edward VIII, Simpson mempunyai ramai kekasih di belakang suaminya seperti pewaris keluarga Woolworth, James Paul Donohue Jr dan Duke Ketujuh dari Leinster, Edward FitzGerald. Kisah-kisah sebegini membuatkan baginda patah hati dengan sikap isterinya itu tetapi terus setia mencintainya sehinggalah kemangkatannya pada tahun 1972 di Paris, Perancis. Sementara Simpson pula meninggal dunia pada tahun 1986 semasa berusia 89 tahun.
Sementara itu, pada 12 Desember 1936, Inggeris punya raja baru. Adik Edward, Duke of York, dipilih jadi pengganti. Menjadi Raja George VI — ayah dari Ratu Elizabeth II.
Tak terkira beban yang dipikul Duke of York atau Bertie — yang gagap– apabila tiba tiba dilantik menjadi raja . Kisah susah payah beliau untuk memberi ucapan di khalayak ramai bila dia ditabalkan dirakamkan dalam movie yang sangat menarik ini.
The post Kisah Raja yang Turun Takhtanya Demi Sebuah Cinta appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LUyEJf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment