Huawei Y7 Pro (2019) Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 450 Dan Skrin Bertakuk Kecil
Semalam imej pengolokan rasmi Huawei Y7 Pro (2019) telah tertiris ke arena web. Hari ini ia akhirnya dilancarkan secara rasmi menerusi laman Huawei Vietnam. Ia sebuah peranti kelas permulaan dengan skrin 6.26″ IPS LCD HD+, dijana cip Snapdragon 450, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB.
Kamera utama menggabungkan sensor 13+2 Megapixel f/1,8 manakala kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel yang terletak pada takuk kecil. Sebuah bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa dengan pengecasan 10W menerusi port mikro USB.
Berbeza dengan peranti Huawei yang dilancarkan sejak dua bulan yang lalu, Y7 Pro 2019 menggunakan pelancar EMUI 8.2 dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Sungguhpun begitu ia masih hadir dengan sistem nyahkunci menggunakan wajah tetapi tiada pengimbas cap jari. Akhir sekali ia dijual di Vietnam pada harga VND 3,990,000 (~RM 709) dalam pilihan warna biru dan hitam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2BOJb3V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment