Remaja Yang Menjual Ginjal Demi iPhone Kini Memerlukan Dialisis Sepanjang Hayat
Tujuh tahun yang lalu gembar berita seorang remaja China menjual sebuah ginjal milik beliau demi memiliki sebuah iPhone 4 dan iPad. Xiao Wang yang pada ketika itu berusia 17 tahun menjual ginjal tersebut pada harga RMB 220,000 (~RM 132,000) . Selepas tujuh tahun beliau kini memerlukan mesin dialisis sepanjang hayat kerana komplikasi akibat penjualan ginjal.
Menurut laporan Oriental Daily, pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital haram menyebabkan jangkitan berlaku kerana peralatan yang tidak disteril dengan sempurna. Satu-satunya ginjal yang tinggal mengalami jangkitan sebelum rosak. Hospital yang melakukan pembedahan telah membayar ganti rugi kepada Xiao Wang namun kos melakukan dialisis tidak lagi ditampung Xiao Wang yang kini berusia 24 tahun. Beliau hanya mampu terbaring kerana kerosakan ginjal yang serius.
China telah mengharamkan penjualan organ sejak tahun 2007 bagi membendung masalah perdagangannya menerusi pasaran gelap. Sungguhpun begitu terdapat sindiket yang melakukannya bagi memenuhi kehendak individu yang tidak mahu menunggu mendapatkan organ dan juga untuk insan yang mahu menjualnya bagi keperluan kewangan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CHDQgy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment