Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sorok Ialah Filem Seram Interaktif Buatan Malaysia Yang Boleh Anda Tonton Sekarang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sorok Ialah Filem Seram Interaktif Buatan Malaysia Yang Boleh Anda Tonton Sekarang

Tahukah anda filem interaktif sudah wujud sejak 1967? Filem interaktif pertama yang dipertontonkan kepada orang ramai ialah Kinoautomat  yang dihasilkan Radúz Činčera untuk Expo ’67 di Montreal. Genre menarik ini kemudian kembali mendapat perhatian umum dengan pengenalan cakera Laserdisc dan permainan video seperti Dragon’s Lair.

Beberapa hari yang lalu filem interaktif Black Mirror Bandersnatch ditayangkan di Netflix dan menjadi tular di media sosial. Tetapi tahukah anda filem interaktif seperti ini juga sudahpun dihasilkan di Malaysia? Jika anda berminat Sorok boleh anda tonton sekarang. Ia adalah sebuah filem seram misteri yang berdasarkan lagu tradisi Melayu popular Nenek Si Bongkok Tiga.

Ia diarahkan oleh Sahira Jeffry berdasarkan skrip nukilan Syukri Rahim. Ia diterbitkan pula oleh Altum Locus dengan kerjasama Fakulti Seni Sinematik Universiti Multimedia. Bagi yang ingin menonton dan mengawal protagonis Sorok, sila ke pautan di bawah.

Layari dan tontoni filem seram interaktif SOROK



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2rZw77z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.