Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Pintar Terbaik 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Pintar Terbaik 2018

Selamat tahun baru 2019 kami ucapkan dan kita akan melihat kembali telefon-telefon terbaik yang telah menghiasi pada tahun 2018. Tahun ini, kita menyajikan banyak pengeluar menghasilkan telefon dengan rekaan dan fungsi yang menarik, seperti rekaan skrin sepenuhny dan sokongan tri-kamera yang lebih meluas. Apa yang menarik, sejumlah fungsi telefon mercu seperti fungsi pengimbas cap jari di bawah skrin telah hadir pada segmen peranti kelas pertengahan.

Di dalam video ini, kami menyenaraikan kesemua telefon terbaik ini berdasarkan kelas peranti bagi memudahkan pemilihan telefon terbaik ini. Jadi anda akan dapati dalam artikel ini, ia dikelaskan kepada tiga kelas peranti utama, iaitu kelas permulaan, kelas pertengahan, dan telefon mercu. Di dalam setiap kelas ini juga, kami memecahkannya kepada beberapa bahagian kecil di bawahnya bagi menyenangkan anda melihat telefon terbaik ini dengan lebih mudah dan jelas.

Kami telah memilih beberapa peranti yang berbaloi dimiliki pada tahun ini, yang mana dinilai berdasarkan beberapa syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Syarat Pemilihan

  • Telefon yang dipilih mestilah dilancarkan pada tahun 2018.
  • Dijual secara rasmi di Malaysia.
  • Dijana dengan Android 8.0 Oreo dan ke atas secara tersedia.

Kriteria Pemilihan

  • Kemampuan untuk memberi penawaran paling seimbang dari segi kesemua aspek (seperti rekaan, skrin, kamera, prestasi, dan jangka hayat bateri).
  • Dapat memberi jangka hayat peranti yang lama untuk kegunaan jangka masa panjang (seperti keseimbangan dari segi pengoptimasian perisian / kemaskini / sekuriti).
  • Fungsi ekstra dapat memberi nilai tambahan kepada pemilihan peranti.

Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan harga rasmi daripada pengeluar dan bukannya mengikut harga yang diolah oleh kedai. Harga yang dipaparkan adalah diambil sewaktu artikel ini dikeluarkan.

Jadi tanpa membuang masa lagi, berikut adalah senarai telefon terbaik yang anda boleh dapat pada tahun 2018.


Telefon Kelas Permulaan Asas

Senarai calon: Xiaomi Redmi 6A, Honor 7S, Vivo Y81i & Realme C1.
Pemenang: Xiaomi Redmi 6A (tempat ketiga), Vivo Y81i (tempat kedua) & Realme C1 (telefon terbaik).

Xiaomi Redmi 6A

Kami memilih Xiaomi Redmi 6A kerana ia dijana dengan cip 12nm Helio A22, dijana dengan antaramuka MIUI 10 yang pantas, dan mempunyai keupayaan kamera yang baik. Cuma kekurangannya, ia mempunyai skrin yang lebih kecil dan hadir dengan binaan yang sedikit kurang menarik berbanding Vivo Y81i.

Spesifikasi: 5.45” IPS LCD HD+ 18:9, MediaTek Helio A22 (4 x Cortex-A53 2.0 GHz), 2GB RAM / 16GB, 13MP (Utama) / 5MP (Hadapan), 3000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM359 (2GB RAM + 16GB)

Vivo Y81i

Untuk Vivo Y81i, kami memilih telefon ini kerana ia turut dijana dengan cip 12nm Helio A22, mempunyai skrin yang besar, dan hadir dengan rekaan yang menarik. Cuma kekurangannya, ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih kecil (3260 mAh) berbanding Realme C1 (4000 mAh).

Spesifikasi: 6.22” IPS LCD HD+ 19:9, MediaTek Helio A22 (4 x Cortex-A53 2.0 GHz), 2GB RAM / 16GB, 13MP (Utama) / 5MP (Hadapan), 3260 mAh, Android 8.1 Oreo

Harga: RM499 (2GB RAM + 16GB)

Realme C1

Untuk Realme C1, kami memilih telefon ini sebagai telefon kelas permulaan asas terbaik, kerana ia dijana dengan cip lapan-teras, mempunyai skrin yang besar, dan juga hadir dengan rekaan yang menarik. Ia juga satu-satunya telefon dalam segmen ini yang mempunyai sokongan dwi-kamera selain didatangkan dengan bateri berkapasiti 4230 mAh.

Spesifikasi: 6.2” IPS LCD HD+ 19:9, Snapdragon 450 (8 x Cortex-A53 1.8 GHz), 2GB RAM / 16GB, 13MP + 2MP (Utama) / 5MP (Hadapan), 4230 mAh, Android 8.1 Oreo

Harga: RM449 (2GB RAM + 16GB)


Telefon Kelas Permulaan

Senarai calon: Xiaomi Redmi 6, Honor 7A, Realme 2 & Wiko View2 Plus.
Pemenang: Xiaomi Redmi 6A (tempat ketiga), Wiko View2 Plus (tempat kedua) & Realme 2 (telefon terbaik).

Xiaomi Redmi 6

Kami memilih Xiaomi Redmi 6 kerana ia dijana dengan cip 12nm Helio P22, dijana dengan antaramuka MIUI 10 yang pantas, dan mempunyai keupayaan kamera yang baik. Cuma kekurangannya, ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih kecil (berbanding dua pemenang di bawah) dan hadir dengan binaan yang sedikit kurang menarik berbanding Wiko View2 Plus.

Spesifikasi: 5.45” IPS LCD HD+ 18:9, MediaTek Helio P22 (8 x Cortex-A53 2.0 GHz), 3GB RAM / 32GB, 12MP + 5MP (Utama) / 5MP (Hadapan), 3000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM455 (3GB RAM + 32GB)

Wiko View2 Plus

Bagi Wiko View2 Plus, kami memilih telefon ini kerana ia dijana dengan cip Snapdragon 450, mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh, dan menawarkan keupayaan rakaman video yang sangat stabil. Cuma kekurangannya, rupa peranti dan kapasiti baterinya hanya sedikit tewas berbanding Realme 2.

Spesifikasi: 5.93” IPS LCD HD+ 19:9, Snapdragon 450 (8 x Cortex-A53 1.8 GHz), 3GB RAM / 32GB, 12MP + 12MP (Utama) / 8MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM559 (3GB RAM + 32GB)

Realme 2

Untuk Realme 2, kami memilih telefon ini kerana ia turut dijana cip Snapdragon 450, namun hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar. Ia juga menawarkan rekaan yang lebih menarik, sokongan imbasan wajah yang lebih pantas, bersama keupayaan penggambaran yang lebih baik.

Spesifikasi: 6.2” IPS LCD HD+ 19:9, Snapdragon 450 (8 x Cortex-A53 1.8 GHz), 3GB RAM / 32GB, 13MP + 2MP (Utama) / 8MP (Hadapan), 4230 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM599 (3GB RAM + 32GB)


Telefon Kelas Pertengahan Permulaan

Senarai calon: Xiaomi Mi A2 Lite, Xiaomi Redmi Note 5, Xiaomi Redmi Note 6 Pro, Realme 2 Pro, ASUS ZenFone Max Pro (M1), ASUS ZenFone Max Pro (M2), Honor 8X & Huawei Y9 (2019).
Pemenang: Realme 2 Pro (tempat ketiga), ASUS ZenFone Max Pro (M2) (tempat kedua) & Honor 8X (telefon terbaik).

Realme 2 Pro

Kami memilih Realme 2 Pro kerana ia dijana dengan cip Snapdragon 660, mempunyai rekaan takuk yang kecil, selain menawarkan variasi 8GB RAM paling murah di pasaran. Cuma kekurangannya, ia menawarkan binaan berasaskan plastik berbanding binaan berasaskan logam dan kaca.

Spesifikasi: 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9, SD 660 (4 x Kryo 260 2.0 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 16MP + 2MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3500 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM849 (4GB RAM + 64GB), RM949 (6GB RAM + 64GB), RM1099 (8GB RAM + 128GB)

ASUS ZenFone Max Pro (M2)

Bagi ASUS ZenFone Max Pro (M2), kami memilih telefon ini kerana ia hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5000 mAh selain dijana dengan tampilan Android asli. Cuma kekurangannya, keupayaan penggambarannya dilihat asas dan tidak sebaik Realme 2 Pro dan Honor 8X.

Spesifikasi: 6.3” IPS LCD FHD+ 19:9, SD 660 (4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 12MP + 5MP / 13MP, 5000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM859 (4GB RAM + 64GB), RM999 (6GB RAM + 64GB)

Honor 8X

Untuk Honor 8X pula, kami memilih telefon ini kerana ia menawarkan storan 128GB paling murah di pasaran dan hadir dengan skrin sebesar 6.5-inci. Ia juga menampilkan fungsi Night Mode seumpama mod penggambaran pada Huawei Mate 20 Pro, disamping mempunyai fungsi 4D Gaming untuk sokongan getaran yang imersif ketika memainkan permainan.

Spesifikasi: 6.5” IPS LCD FHD+ 19.5:9, HiSilicon Kirin 710 (4 x A73 2.2 GHz, 4 x A53 1.7 GHz), 4GB RAM / 128GB, 20MP + 2MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3750 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM949 (4GB RAM + 128GB)


Telefon Kelas Pertengahan

Senarai calon: ASUS ZenFone 5, Xiaomi Mi A2, Xiaomi Mi 8 Lite, Xiaomi Mi Max 3, Nokia 6.1 Plus, Huawei Y Max, Huawei nova 3i, Samsung Galaxy A7 (2018), Vivo V11i & OPPO F9.
Pemenang: OPPO F9 (tempat ketiga), ASUS ZenFone 5 (tempat kedua) & Samsung Galaxy A7 (2018) (telefon terbaik).

OPPO F9

Kami memilih OPPO F9 kerana ia mempunyai memori 6GB RAM, sokongan pengecasan pantas VOOC, dan hadir dengan kamera hadapan yang terbaik untuk kelasnya. Cuma kekurangannya, ia tidak menyajikan sokongan NFC untuk kemudahan penyambungan peranti dan mod pembayaran tanpa tunai.

Spesifikasi: 6.3” LTPS LCD FHD+ 19.5:9, Helio P60 (4 x A73 2.0 GHz, 4 x A53 2.0 GHz), 6GB RAM / 64GB, 16MP + 2MP (Utama) / 25MP (Hadapan), 3500 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1199 (6GB RAM + 64GB)

ASUS ZenFone 5

Bagi ASUS ZenFone 5, kami memilih telefon ini kerana ia menyajikan sokongan dwi-kamera dengan kebolehan wide-angle dan OIS, sokongan NFC, sambungan USB-C, dan pembesar suara stereo. Cuma kekurangannya, ia tidak menawarkan storan yang besar berbanding Samsung Galaxy A7 (2018).

Spesifikasi: 6.2” IPS LCD FHD+ 18.7:9, SD 636 (4 x Kryo 260 1.8 GHz, 4 x Kryo 260 1.6 GHz), 4GB RAM / 64GB, 12MP OIS + 8MP (Utama) / 8MP (Hadapan), 3300 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1299 (4GB RAM + 64GB)

Samsung Galaxy A7 (2018)

Untuk Samsung Galaxy A7 (2018), kami memilih telefon ini kerana ia mempunyai fungsi yang padat, seperti penggunaan skrin Super AMOLED dan kehadiran sistem tri-kamera yang baik. Ia juga menampilkan storan sebesar 128GB, Samsung Pay, dan hadir dengan sokongan Dolby Atmos untuk sokongan audio yang lebih imersif.

Spesifikasi: 6.0” SAMOLED FHD+ 18.5:9, Exynos 7885 (2 x A73 2.2 GHz, 6 x A53 1.6 GHz), 4GB RAM / 128GB, 24MP + 8MP + 5MP (Utama) / 24MP (Hadapan), 3300 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1299 (4GB RAM + 128GB)


Telefon Kelas Pertengahan Atas

Senarai calon: Nokia 7 Plus, Vivo V11, Vivo X21, Samsung Galaxy A8 Star, Samsung Galaxy A9 (2018), BlackBerry KEY2 & OPPO R17 Pro.
Pemenang: Samsung Galaxy A8 Star (tempat ketiga), Vivo V11 (tempat kedua) & OPPO R17 Pro (telefon terbaik).

Samsung Galaxy A8 Star

Kami memilih Samsung Galaxy A8 Star kerana ia hadir dengan cip Snapdragon 660, skrin berasaskan Super AMOLED, dan mempunyai sokongan pembayaran Samsung Pay. Cuma kekurangannya, penawaran storannya hanya sedikit tewas perbanding pesaingnya di bawah.

Spesifikasi: 6.3” SAMOLED FHD+ 18.5:9, SD 660 (4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 24MP + 16MP (Utama) / 24MP (Hadapan), 3700 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1799 (4GB RAM + 64GB)

Vivo V11

Bagi Vivo V11, kami memilih telefon ini kerana ia mempunyai skrin Super AMOLED, pengimbas cap jari bawah skrin, sokongan pengecasan 18W, dan storan dalaman 128GB. Cuma kekurangannya, ia masih bergantung kepada sambungan mikroUSB berbanding sambungan terkini USB-C.

Spesifikasi: 6.41” Super AMOLED FHD+ 19.5:9, SD 660 (4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz), 6GB RAM / 128GB, 12MP + 5MP (Utama) / 25MP (Hadapan), 3400 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1699 (6GB RAM + 128GB)

OPPO R17 Pro

Untuk OPPO R17 Pro, kami memilih telefon ini kerana ia dijana cip Snapdragon 710, hadir dengan pengimbas cap jari di bawah skrin dan didatangkan dengan memori 8GB RAM. Ia juga membawakan skrin AMOLED, sokongan tri-kamera yang baik, bersama fungsi pengecasan pantas Super VOOC 50W.

Spesifikasi: 6.4” AMOLED FHD+ 19.5:9, SD 710 (2 x K360G 2.2 GHz, 6 x K360S 1.7 GHz), 8GB RAM / 128GB, 12MP + 20MP + ToF (Utama) / 25MP (Hadapan), 3700 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM2699 (8GB RAM + 128GB)


Telefon Mercu Permulaan

Senarai calon: Honor Play, Honor 10, Nubia Red Magic & Pocophone F1.
Pemenang: Honor 10 (tempat ketiga), Honor Play (tempat kedua) & Pocophone F1 (telefon terbaik).

Honor 10

Kami memilih Honor 10 kerana ia membawa rekaan yang menawan, hadir dengan pengimbas cap jari ultrasonik, dan mempunyai penawaran storan 128GB. Cuma kekurangannya, ia tidak menyajikan sebarang slot kad mikroSD untuk sokongan penambahan storan.

Spesifikasi: 5.84” IPS LCD FHD+ 19:9, Kirin 970 (4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz), 4GB RAM / 128GB, 16MP + 24MP (Utama) / 24MP (Hadapan), 3400 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1399 (4GB RAM + 128GB)

Honor Play

Bagi Honor Play, kami memilihnya kerana ia membawa skrin sebesar 6.3-inci, kapasiti bateri 3750 mAh, dan mempunyai slot kad mikroSD. Cuma kekurangannya, kapasiti baterinya dilihat sedikit kecil berbanding Pocophone F1.

Spesifikasi: 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9, Kirin 970 (4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz), 4GB RAM / 64GB, 16MP + 2MP (Utama) / 16MP (Hadapan), 3750 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1099 (4GB RAM + 128GB)

Pocophone F1

Untuk Pocophone F1, kami memilih telefon ini kerana ia dijana cip Snapdragon 845, mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh, dan turut mempunyai slot kad mikroSD. Ia juga menyajikan pembesar suara stereo, fungsi imbasan wajah inframerah, dan menyokong fungsi pengecasan pantas Quick Charge 4+.

Spesifikasi: 6.18” IPS LCD FHD+ 18.7:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM / 64GB, 12MP + 5MP (Utama) / 20MP (Hadapan), 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1299 (6GB RAM + 64GB), RM1499 (6GB RAM + 128GB)


Telefon Mercu Pertengahan

Senarai calon: Xiaomi Mi 8 | Xiaomi Mi 8 Pro, Xiaomi Mi MIX 2s, Honor View 10, Huawei nova 3, ASUS ZenFone 5Z & iPhone XR.
Pemenang: Xiaomi Mi 8 (tempat ketiga), ASUS ZenFone 5Z (tempat kedua) & iPhone XR (telefon terbaik).

Xiaomi Mi 8

Kami memilih siri Xiaomi Mi 8 kerana ia mempunyai skrin AMOLED, sokongan kamera telefoto, Dual GPS, dan fungsi imbasan wajah berasaskan inframerah. Cuma kekurangannya, ia tidak menyediakan pembesar suara stereo berbanding pesaingnya di bawah.

Spesifikasi: 6.21” AMOLED FHD+ 18.7:9, SD 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM / 64GB, 12MP OIS + 12MP (Utama) / 20MP (Hadapan), 3400 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1679 (6GB RAM + 64GB), RM1899 (6GB RAM + 128GB)

ASUS ZenFone 5Z

Bagi ASUS ZenFone 5Z, kami memilihnya kerana ia mempunyai sokongan kamera wide-angle, hadir dengan pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, dan slot kad mikroSD. Cuma kekurangannya, ia tidak menyajikan pengesahan IP untuk ketahanan air berbanding pesaingnya di bawah.

Spesifikasi: 6.2” IPS LCD FHD+ 18.7:9, Snapdragon 845 (4 x Kryo 385 Gold 2.7 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz), 6GB RAM / 128GB, 12MP + 8MP (Utama) / 8MP (Hadapan), 3300 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM1899 (6GB RAM + 128GB)

iPhone XR

Untuk iPhone XR, kami memilih telefon ini kerana ia dijana dengan cip Apple A12 Bionic yang sangat pantas, menawarkan ketahanan bateri lama, dan didatangkan dengan pembesar stereo yang lantang. Ia juga mempunyai ketahanan air IP67, sokongan pengecasan tanpa wayar, dan hadir dengan sistem Face ID generasi kedua yang lebih pantas.

Spesifikasi: 6.1″ Liquid Retina HD, Apple A12 Bionic (AnTuTu: 346,577), Face ID (Generasi Kedua), 12MP (OIS, Depth, Smart HDR) / 7MP (Hadapan), IP67, Qi Wireless Charging, 2942 mAh (7-8 SoT), iOS 12.

Harga: RM3599 (64GB), RM3849 (128GB), RM4299 (256GB)


Telefon Terbaik

Senarai calon: Nubia X, Vivo NEX, OPPO Find X, OnePlus 6T, HTC U12+, Sony Xperia XZ2 Premium, ASUS ROG Phone, Samsung Galaxy Note 9, Samsung Galaxy S9 | S9+, iPhone XS | XS Max, Huawei P20 Pro & Huawei Mate 20 | Mate 20 X | Mate 20 Pro.
Pemenang: iPhone XS | iPhone XS Max (tempat ketiga), Samsung Galaxy Note 9 (tempat kedua) & Huawei Mate 20 Pro (telefon terbaik).

iPhone XS | iPhone XS Max

Kami memilih iPhone XS dan iPhone XS Max kerana ia dijana dengan dengan cip Apple A12 Bionic yang sangat pantas, mempunyai sistem Face ID, dan hadir dengan pembesar stereo yang lantang. Ia juga mempunyai ketahanan air IP68, sokongan pengecasan tanpa wayar, dan membawakan kamera telefoto dengan keupayaan Smart HDR.

Spesifikasi: 5.8” / 6.5″ Super Retina OLED, Apple A12 Bionic (AnTuTu: 353,596), Face ID (Generasi Kedua), 2 x 12MP (OIS, Depth, Tele, Smart HDR) / 7MP (Hadapan), IP68, Qi Wireless Charging, XS: 2658 mAh / XS Max: 3174 mAh.

Harga: Bermula RM4999

Samsung Galaxy Note 9

Bagi Samsung Galaxy Note 9, kami memilih telefon ini kerana ia mempunyai skrin Super AMOLED yang terang, fungsi pengecasan tanpa wayar, dan turut mempunyai ketahanan air IP68. Ia juga mengekalkan bicu audio 3.5mm, hadir dengan fungsi Samsung Pay, dan menawarkan stylus S-Pen dengan sokongan Bluetooth terbina.

Spesifikasi: 6.4” SAMOLED QHD+ 18.5:9, Exynos 9810 (4 x M3 2.7 GHz, 4 x A55 1.8 GHz), 6GB RAM / 128GB, 2 x 12MP OIS (Utama) / 8MP (Hadapan), IP68, Qi Wireless Charging, 4000 mAh, Android 8.1 Oreo.

Harga: RM3699 (6GB/128GB), RM4599 (8GB/512GB)

Huawei Mate 20 Pro

Untuk Huawei Mate 20 Pro, kami memilih telefon ini kerana ia padat dengan teknologi baru, seperti penggunaan cip 7nm HiSilicon Kirin 980, mempunyai sistem tri-kamera yang cukup praktikal, dan hadir dengan fungsi pengimbas cap jari di bawah skrin. Ia juga mempunyai ketahanan air IP68, sokongan pengecasan tanpa wayar 15W, dan sokongan pengecasan pantas 40W.

Spesifikasi: 6.39” AMOLED QHD+ 19.5:9, Kirin 980 (2 x A76 2.6, 2 x A76 1.92, 4 x A55 1.8), 6GB RAM / 128GB, 40MP + 20MP + 8MP (Utama) / 24MP (Hadapan), IP68, Qi Wireless Charging, 4200 mAh, Android 9.0 Pie.

Harga: RM3599 (6GB RAM + 128GB), RM3999 (8GB RAM + 256GB)


Jadi itulah telefon terbaik 2018 yang anda boleh dapati di Malaysia. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QemLyb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.