Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia 9 PureView Akan Hadir Dengan Skrin 5.99-inci 2K, Snapdragon 845, Android One, 5 Kamera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia 9 PureView Akan Hadir Dengan Skrin 5.99-inci 2K, Snapdragon 845, Android One, 5 Kamera

Pada awal hari ini, kita telah melihat gambar Nokia 9 PureView tertiris ke arena web, dan kini lanjutan daripadanya sebuah video turut hadir memperlihatkan pelbagai perkara yang akan dibawakan melalui telefon pintar berkenaan.

Daripada video promosi yang tertiris ini, ia memperlihatkan Nokia 9 PureView akan hadir menggunakan skrin 5.99-inci PureDisplay pada resolusi 2K, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Panel skrin Nokia 9 PureView ini juga dikatakan akan menyertakan sokongan piawaian HDR10, selain pengimbas cap jari pada skrin. Tiada sebarang takuk yang disertakan pada skrin telefon pintar ini.

Melengkapkan Nokia 9 PureView juga adalah sokongan 5 kamera pada bahagian belakang untuk rakaman gambar yang jelas – sekaligus membawa penggunaan lensa kamera ke tahap seterusnya pada sesuatu telefon pintar.

Nokia 9 PureView

Nokia 9 PureView ini juga dilengkapi dengan sokongan pengecasan nirwayar Qi, selain menggunakan sistem operasi Android One yang menjanjikan kemaskini sistem dengan pantas untuk tempoh 2 tahun.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Desas-desus memperkatakan ia mungkin diperkenalkan seawal bulan Januari atau Februari 2019 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SueQPg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.