Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Cikgu boleh, takkan timbalan MB tak boleh beli kereta RM100k’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Cikgu boleh, takkan timbalan MB tak boleh beli kereta RM100k’

Malaysiakini 8 Feb 2019
   
Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah menyangkal dakwaan beliau membeli kereta mewah dan kediaman untuk ahli keluarga serta diri sendiri seperti didakwa portal Sarawak Report.
Namun beliau mengakui ada membeli kereta jenis Perodua Viva dan kereta lain berharga bawah RM100,000, sebaliknya bukannya kereta mewah seperti didakwa.

"Tuduhan dalam kes di Mahkamah Tinggi London itu boleh dikatakan 100 peratus tidak benar dan lebih kepada hearsay (khabar angin).
“Beli kereta itu memang betul tapi kereta yang macam mana adalah mengikut kemampuan.

"Kereta dalam RM60,000 hingga RM100,000 takkan tidak boleh beli sedangkan cikgu sekolah boleh beli kereta dengan harga RM200,000, takkan timbalan menteri besar tidak boleh beli kereta harga lebih RM100,000," katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan memiliki kereta mewah seperti Range Rover, Audi A6, Toyota Vellfire dan Toyota Altis.

Selain itu beliau turut didakwa membina beberapa rumah untuk ahli keluarganya, hasil menikmati kemewahan daripada wang pemberian bekas perdana menteri, Najib Razak yang dikatakan disalur ke parti PAS. 

Bagaimana timbalan menteri besar Kelantan itu enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut atas nasihat peguam.
"Apa pun saya tidak boleh nak komen lanjut kerana dinasihatkan peguam supaya tidak memberi maklum balas mengenai perkara ini. 

"Tambahan pula, semua maklumat saya sudah beri kepada peguam dan kes ini dianggap sudah selesai," katanya dipetik sebagai berkata.
Tambah Mohd Amar, isu pemberian dana RM90 juta daripada Umno termasuk pembelian kereta mewah sepatutnya sudah selesai apabila terdapat persefahaman melakukan penyelesaian di luar mahkamah pada 1 Februari lalu dan dipersetujui bersama dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow.

"Semua perlu faham, PAS bukan tarik balik saman, sebaliknya melakukan penyelesaian di luar mahkamah dan ia membawa maksud berbeza.
"Penyelesaian luar mahkamah adalah perkara biasa seperti kes (presiden PKR) Anwar Ibrahim yang selesai di luar mahkamah dengan (anggota Parlimen Rembau) Khairy Jamaluddin.

"Kalau nak persoalkan PAS tidak nampak jalan nak menang (siasatan dana RM90 juta di Mahkamah Tinggi London), kenapa Clare turut bersetuju memandangkan penyelesaian luar mahkamah memerlukan persetujuan dua pihak.

"Kalau kata dia (Rewcastle Brown) ada bukti kukuh dan boleh menang, kenapa dia setuju?" soalnya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2I0zgyM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.