Mat Sabu Tolong Jawab 'Persoalan Najib Ni'
Amat sedih membaca ini.
Selepas anggota-anggota dan veteran ATM telah dihasut dan dipergunakan oleh PH sebelum PRU14, mereka kini diketepikan.
PH boleh jarah RM82 bilion dari Petronas dan melaksanakan bajet 2019 dengan perbelanjaan yang lebih besar berbanding BN
Mereka mampu memberi pelbagai peruntukkan untuk sekolah-sekolah swasta yang kaya dan menyumbang RM1 bilion kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memulakan lebuhraya termahal dalam sejarah Malaysia yang kini dibantah ramai.
Tetapi tak mampu menyediakan RM53 juta untuk diberikan RM1,200 kepada veteran tidak berpencen. Dan ini bukan setiap bulan. Hanya sekali setahun.
Bukan itu sahaja malah veteran-veteran yang tidak berumahtangga juga tidak lagi mendapat BR1M.
Apatah lagi dengan kenaikkan gaji dan elaun tambahan mereka yang juga telah dinafikan oleh PH.
Saya pernah menjawat sebagai Menteri Pertahanan dan saya faham susah-payah dan pengorbanan mereka.
Mereka berkorban masa, nyawa dan meninggalkan keluarga untuk menjaga kita. Demi untuk memastikan kita lena tidur di malam hari. Menjaga sempadan, tanpa rungutan dan keluh kesah.
Sebab itulah saya perkenalkan Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk veteran-veteran tentera tidak berpencen demi menghargai jasa pengorbanan mereka.
Tetapi PH telah mansuhkan.
Jasa Veteran Angkatan Tentera Malaysia, kita jangan dilupa.
Najib Razak
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2E0OXC3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment