Facebook Mengambil Alih Firma Kecerdasan Buatan Visual GrokStyle
Pernahkan anda menemui produk di dalam gambar tetapi tidak mengetahui di manakah ia boleh dibeli? Menerusi kecerdasan buatan visual, produk misteri ini boleh dikenali sekaligus memudahkan proses pembelian. GrokSytle ialah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dan ia telahpun diambil alih oleh Facebook menurut laporan Bloomberg.
Teknologi kecerdasan buatan visual GrokStyle telah digunakan dalam aplikasi IKEA bagi membolehkan pengguna membezakan Expedit dengan Kallax. Nilai pembelian GrokStyle oleh Facebook tidak pula diumumkan. Teknologi GrokStyle berkemungkinan besar akan digunakan di oleh pengguna Facebook untuk mencari produk di dalam gambar terus Marketplace. Ini akan memastikan pengguna kekal di dalam Facebook tanpa perlu melakukan carian luaran. Teknologi GrokStyle ini adalah sama seperti yang boleh ditemui pada Google Lens.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GyYTo6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment