Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jepun Menghampiri Sasaran Menggunakan Peranti Elektronik Terbuang Untuk Dikitar Semula Menjadi Pingat Olimpik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jepun Menghampiri Sasaran Menggunakan Peranti Elektronik Terbuang Untuk Dikitar Semula Menjadi Pingat Olimpik

Seperti umum sedia maklum, Jepun merupakan tuan rumah untuk Sukan Olimpi 2020 kelak. Selari dengannya, Jepun melakukan beberapa inisiatif, termasuk menggunakan peranti elektronik terbuang untuk dikitar semula menjadi pingat-pingat pada acara sukan Olimpik.

Selari dengannya, Jepun telah memulakan proses pengumpulan sejak 2017 yang lepas, dan kini melalui statistik terkini yang dikongsikan, Jepun semakin menghampiri sasaran mereka.

Melalui statistik terkini yang dikongsikan, Jepun telah mempunyai logam yang secukupnya untuk pingat gangsa, sementara untuk pingat perak ia telah mencapai 85.4%, dan untuk pingat emas ia telah mencapai 93.7%.

Jepun dijangka akan mencapai sasaran mereka, memandangkan pengumpulan ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019 kelak, dan data yang dikongsikan adalah hanya sehingga Oktober 2018 lepas.

Ia dikatakan majoriti besar dikumpulkan melalui kedai NTT DOCOMO di seluruh Jepun, yang mana menghimpunkan telefon terpakai. Sekitar 5.07 juta telefon telah terkumpul melalui kedai NTT DOCOMO. Selain daripada itu, Jepun juga mengumpulkan barangan elektronik terpakai melalui pihak berkuasa tempatan di seluruh negara berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GhV2fI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.