Hi! Welcome Back and Stay Tune! Stripe Bakal Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia – Penyedia Infrastruktur Pembayaran Atas-Talian Untuk Penjual - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Stripe Bakal Menawarkan Perkhidmatan Di Malaysia – Penyedia Infrastruktur Pembayaran Atas-Talian Untuk Penjual

Pada hari ini, terdapat sejumlah syarikat yang menawarkan platform pembayaran atas-talian mereka di Malaysia, sekaligus para penjual dan mereka yang menceburi arena edagang untuk menerima bayaran dengan mudah. Salah satu syarikat yang turut menawarkan perkhidmatan sama adalah Stripe, dan kini mereka dalam perancangan untuk memperluaskan penawaran di Malaysia.

Stripe menawarkan sokongan infrastruktur pembayaran bagi para penyedia edagang untuk menerima pembayaran dengan mudah. Stripe turut menyediakan sokongan teknologi bagi memudahkan penyedia edagang untuk mengintegrasikan penerimaan bayaran, dan melakukan transaksi dengan mudah serta-merta.

Terkini, dalam usaha globalisasi, pihak Stripe kini mengumumkan mereka akan menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia tidak lama lagi. Buat masa ini, para penjual dan pemilik platform edagang boleh membuat pendaftaran beta pada laman Stripe, dan bersedia untuk mengintegrasikan sokongan Stripe dalam menerima pembayaran pada perkhidmatan mereka.

Selain memudahkan penerimaan pembayaran melalui kad kredit dan sebagainya, Stripe juga turut menyediakan beberapa penyelesaian untuk para penjual, termasuk sokongan terminal, pembilan, pengumpulan data, dan beberapa penawaran yang lain.

Sekiranya anda merupakan salah seorang peniaga edagang, mungkin boleh menyemak laman Stripe ini hari ini, dan mendaftar untuk mencuba versi betanya sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Daftar : Stripe Beta



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SjVbWn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.