Pengguna iPhone Secara Purata Hanya Membeli Peranti Baharu Setiap Empat Tahun
Berapa kerapkah anda bertukar telefon pintar? Di Amanz kami mungkin bertukar ke telefon baharu setiap dua minggu atas sebab puluhan peranti yang perlu diulas. Sebelum ini kami pernah menulis rakyat Malaysia secara purata membeli peranti baharu setiap 22 bulan. Menurut Toni Sacconaghi yang merupakan seorang penganalisa dari firma Bernstein, secara purata pengguna iPhone kini membeli peranti baharu setiap empat tahun.
Ini adalah peningkatan dari setiap 3 tahun pada tahun fiskal 2018. Kerana tempoh penggunaan peranti yang lebih lama inilah jualan iPhone mengalami penurunan 17% tahun lalu. Jualan telefon yang lebih rendah dialami oleh kebanyakan pengeluar tahun lalu. Antara sebab utama ialah pengguna tidak merasakan perlu untuk menggunakan telefon terkini, harga jualan yang semakin mahal dan peranti sedia ada masih berfungsi dengan baik.
Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Berapa kerapkah anda membeli telefon baharu?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2I1Fq1x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment