Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firefox 66 Akan Membisukan Semua Audio Dan Video Yang Dimainkan Secara Automatik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firefox 66 Akan Membisukan Semua Audio Dan Video Yang Dimainkan Secara Automatik

Pada hari ini, terdapat sejumlah web yang memainkan audio dan video secara automatik apabila anda melayarinya. Hal ini semestinya tidak digemari ramai, dan adakalanya anda terkejut dan perlu membisukan sesuatu tab secara manual.

Firefox AutoplayBeberapa pelayar web telah hadir dengan ciri untuk membisukan semua audio dan video yang dimainkan secara automatik. Kini, Mozilla turut mengikut jejak, dan akan melaksanakan perkara sama bermula Firefox 66.

Bermula Firefox 66 yang dijangka hadir pada Mac 2019 kelak, pengguna Firefox di desktop dan Android akan menikmati ciri membisukan semua audio dan video yang dimainkan secara automatik. Seperti biasa, ia akan memaparkan notifikasi apabila dibisukan – dan pengguna diberi pilihan untuk mengecualikan sesuatu laman web yang diminati mereka.

Dengan langkah ini, sama-sama kita berharap agar pelbagai laman-laman dengan bentuk kandungan yang dimainkan secara automatik ini berkurangan – dan memberi lebih kawalan kepada pengguna.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2BjOJ7j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.