Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Wanita Paling Hodoh Didunia Jadi Inspirasi Diri Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Wanita Paling Hodoh Didunia Jadi Inspirasi Diri Sendiri

Dulu kerap di-bully, kini jadi motivasi

Lizzie Velasquez, 24, didiagnosis mengidap sindrom yang jarang berlaku, neonatal progeroid atau mempercepatkan penuaan awal yang membuat tubuhnya tidak boleh menyimpan lemak. Tidak kira berapa banyak dia makan, berat badan Lizzie tidak boleh bertambah dan hal tersebut membuatnya  kekurangan gizi.

Akibatnya, Lizzie kelihatan begitu kurus. Dia kelihatan bagai tulang berbungkus kulit. Lizzie pun kehilangan salah satu penglihatannya. Mata kanannya kini buta.

Tetapi, gadis berusia 24 tahun tersebut tidak putus asa. Dia bahkan menjadi sumber inspirasi tentang erti kecantikan.

Malangnya, perjuangan Lizzie untuk merasa dirinya cantik adalah hal yang sangat sukar. Sejak kecil, akibat keadaannya, gadis yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, tersebut sudah menjadi mangsa buli. Di sekolah menengah, Lizzie menemui sebuah video mengenai dirinya di YouTube dengan tajuk "â World S Ugliest womanâ" atau wanita terhodoh di dunia. Video itu meraih berjuta-juta penonton.

Lizzie mengaku pernah kemurungan. Tapi, justru di titik terendah hidupnya itu, dia memutuskan untuk bangkit dan tidak menyerah kalah akibat ejekan dan cemuhan yang ditujukan terhadapnya.

Berkat bantuan keluarga serta rakan terdekat,  Lizzie mencari kekuatan untuk bangun dan terus berusaha memotivasikan dirinya. Dia juga menyelidik pelbagai hal mengenai penyakit yang dia deritai dan cara mengatasinya. Dia berjumpa dengan banyak doktor dan pakar kesihatan, hingga akhirnya Lizzie boleh menerima dirinya sendiri dan tampil percaya diri apa adanya.

Lizzie kini merupakan salah seorang motivasi paling popular di AS. Dia tampil di pelbagai konvensyen juga acara televisyen dan bercakap mengenai definisi sebenarnya dari kata Cantik.

Cantik adalah ketika kita boleh menerima diri kita apa adanya. Saat itulah kita boleh melihat diri kita yang paling cantik, kata Lizzie.

Selain itu, Lizzie juga mengingatkan bahawa cantik bukanlah apa yang dilihat di televisyen atau media massa lain.Cantik bukanlah standard yang ditetapkan orang lain, seperti kulit putih, rambut panjang atau tubuh langsing. Cantik adalah diri kita sendiri kerana kita memutuskan untuk cantik,  ujarnya.

Hal lain yang ditetapkan Lizzie adalah menjadi bahagia dengan diri sendiri dan apa yang dimiliki.  Pada dasarnya, jika kita bahagia, maka secara automatik kita akan kelihatan jauh lebih menarik,  ucapnya.

Lizzie pun memberi tips untuk menghadapi para pelaku buli. Dia memandang ejekan dan cemuhan mengenai tubuhnya dengan humor. Mereka boleh saja mengejek saya, tapi ejekan itu tidak akan membuat saya sedih dan terperuk kerana itu yang mereka inginkan, kata Lizzie. Cara untuk menutup mulut para buli adalah dengan menjadi bahagia, ujarnya.


           

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DVD1Bz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.