Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Model Galaxy S10 Memberikan Gambaran Kasar Apa Yang Bakal Dibawakan Peranti Berkenaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Model Galaxy S10 Memberikan Gambaran Kasar Apa Yang Bakal Dibawakan Peranti Berkenaan

Samsung bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Galaxy S10 secara rasminya pada 21 Februari kelak. Samsung dijangka memperkenalkan tiga model dibawah siri berkenaan, selain model 5G yang dijangka menyusul selepas itu.

Seperti ramai sedia maklum, kita telah sedia melihat ketirisan beberapa gambar telefon pintar Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus sebelum ini. Hari ini, berkongsi lanjut, MKBHD memperlihatkan rekaan model berasaskan ketirisan untuk telefon pintar berkenaan.

Untuk makluman, rekaan model ini sering dikeluarkan pengeluar aksesori untuk bersedia dengan penawaran mereka sebelum pelancaran rasmi berlaku.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia kelihatan menawarkan rekaan yang agak kukuh ditangan, selain mengekalkan bicu audio 3.5mm yang diminati ramai. Samsung dijangka menggunakan tri-kamera belakang – namun rekaan kerangka belakang dilihat memerangkap kesan cap jari. Pada bahagian hadapan, Samsung dilihat menyertakan rekaan skrin berlubang untuk menyertakan kamera swafotonya.

Samsung Galaxy S10+

Seperti biasa, dengan hari-hari yang menjelang tiba, kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini daripada pelbagai pihak – sebelum Samsung sendiri memperkenalkannya pada 21 Februari 2019 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DTnz8Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.