Hi! Welcome Back and Stay Tune! Viber Dikemaskini Dengan Fungsi Panggilan Berkumpulan Dan Antaramuka Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Viber Dikemaskini Dengan Fungsi Panggilan Berkumpulan Dan Antaramuka Baharu

Viber mungkin bukan platform pemesejan yang digunakan oleh kebanyakan pengguna di negara kita. Ia adalah alternatif kepada mereka yang mungkin tidak percaya dengan WhatsApp atau Facebook Messenger. Sempena menyambut ulang tahun mereka yang kelapan, versi terkini Viber 10 telah dilancarkan dengan pelbagai fungsi baharu.

Ia kini menyokong panggilan berkumpulan dengan lima pengguna serentak. Turut dikemaskini ialah antaramuka yang lebih kemas bagi memudahkan carian mesej perbualan.Penghantaran mesej kini dua kali lebih pantas. Kualiti panggilan audio juga telah dipertingkatkan untuk kedengaran lebih jelas.

Bagi yang mementingkan privasi, mereka boleh berbual dengan pengguna Viber yang lain tanpa perlu berkongsi nombor telefon peribadi terlebih dahulu. Hanya selepas insan dikenali nombor telefon didedahkan. Versi terkini Viber boleh dimuat turun untuk peranti Android dan iOS hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2S83ynZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.