Pihak Intel Dilaporkan Menjangkakan Apple Akan Hadir Dengan Macbook Yang Dijana Cip ARM
Dua tahun lepas, kami telah melaporkan yang Apple sedang membangunkan cip ARM untuk Mac untuk menjalankan tugasan kuasa rendah. Kemudian, setahun berlalu – Apple hadir dengan cip T1 dan T2 di mana kedua-dua cip ini adalah cip ARM untuk menjana Touch Bar.
Terkini, laporan mengenai Apple menggunakan cip ARM pada Macbook kedengaran sekali lagi. Laporan ini diperoleh dari Intel, di mana mereka menjangkakan Apple akan mula menggunakan cip ARM untuk menjana peranti-peranti Mac seawal tahun 2020. Kemudian, cip ARM ini turut dikatakan akan menjana iPhone pada tahun 2021.
Laporan ini mungkin benar. Baru-baru ini, Apple dilaporkan merancang menggabungkan iPhone, iPad dan Mac menjelang 2021. Dengan menggunakan cip ARM pada kesemua peranti mereka – pembangunan aplikasi adalah lebih mudah dan aplikasi-aplikasi akan beroperasi secara rentas platform. Tahun lepas, Apple telah pun memperkenalkan rankakerja universal tersendiri untuk memudahkan aplikasi iOS diport ke macOS – di mana ia dikenali sebagai Marzipan.
Antara konsep awal yang kita boleh lihat yang Apple serius dalam penggunaan cip ARM ini adalah – Adobe Photoshop versi penuh boleh digunakan pada iPad Pro (2018). Kelak, apa jua peranti Apple yang digunakan – pasti semua aplikasi boleh digunakan secara rentas-peranti dengan mudah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2V6cyXE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment