Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Lagi Peranti Mercu Sony Xperia XZ – Xperia 1 Adalah Pengganti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Lagi Peranti Mercu Sony Xperia XZ – Xperia 1 Adalah Pengganti

Telefon pintar Sony tidak lagi popular seperti zaman Sony Xperia Z3. Selepas siri Z, mereka gantikan peranti mercu mereka dengan siri XZ dan yang terkini adalah XZ4. Seperti yang tertiris sebelum ini, XZ4 akan hadir dengan tri-kamera, di mana salah satu lensanya adalah 52-Megapixel dan skrin pula adalah paparan dengan nisbah 21:9.

Baru-baru ini, Sony dilihat tidak akan melancarkan Sony Xperia XZ4. Tetapi mungkin akan melancarkan Sony Xperia 1, sebagai pengganti kepada siri XZ. Ini bermakna, Sony menukar siri peranti mercu mereka sekali lagi. Khabar angin mengatakan, Xperia 1 akan dijana dengan Snapdragon 855, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Bersama-sama dengan nama baru ini, peniris terkenal turut memperlihatkan imej pengolokan Sony Xperia 1 ini dengan penuh. Ia kelihatan unik dan agak menawan, kerana Sony tidak ‘meniru’ mana-mana pesaing tetapi kekal dengan rekaan sendiri. Cuma, klise Sony adalah ‘dahi’ dan ‘dagu’ pada peranti pasti kekal – cuma pada Xperia 1 ia akan sedikit lebih nipis.

Sebelum ini, Xperia XA3 diubah kepada Xperia 10. Apa lagi kejutan dari Sony kelak? Peranti ini akan dilancarkan di acara MWC Barcelona 2019. Sama-sama kita nantikan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Em8Jb6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.