Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme Menawarkan Telefon 8GB RAM Untuk Harga Kurang RM900 Pada 27 Februari 2019 Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme Menawarkan Telefon 8GB RAM Untuk Harga Kurang RM900 Pada 27 Februari 2019 Ini

Realme merupakan sebuah sub-jenama daripada Oppo kini dilihat semakin meningkat popular dari hari ke hari. Pada 12 Disember 2018 lalu, jenama Realme telah diumumkan sebagai antara 5 jenama telefon pintar paling popular yang dijual di Asia Tenggara melalui platform Lazada, dimana sebanyak 2500 unit telefon pintar Realme 2 Pro telah habis dijual dalam masa hanya 3 jam sahaja. Ini sekaligus memberikan kejayaan kepada Realme yang merupakan antara jenama baru diperkenalkan pada tahun 2018 lepas.

Lanjutan daripadanya, kini Realme telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Lazada dalam melancarkan Lazada x Realme Super Brand Day, yang bakal berlangsung selama 24 jam sahaja pada 27 Februari 2019 ini. Melalui hari khusus berkenaan, ia membolehkan anda untuk mendapatkan pelbagai peranti pintar daripada Realme dengan penawaran harga yang sangat berbaloi berbanding kebiasaan.

Pada hari Super Brand Day ini juga, anda boleh menikmati pelbagai jenis tawaran lain termasuklah beberapa hadiah eksklusif, produk-produk edisi terhad, dan banyak lagi. Bagi Realme sendiri, pihak mereka telah menawarkan harga promosi untuk telefon telefon pintar keluaran mereka. Antaranya adalah Realme 2 Pro dan Realme C1.

Realme juga turut mengadakan pertandingan untuk pengikut kedai atas-talian mereka di Lazada. Antara hadiah yang ditawarkan adalah 5 set fon telinga dan powerbank daripada Realme. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengikut kedai atas-talian mereka sehingga mencecah 35,000 pengikut dan membuat pembelian daripada kedai atas-talian Realme, sekaligus berpeluang memenangi beberapa penawaran menarik. Pertandingan ini akan berakhir pada 3 Mac 2019 ini.

Dalam masa yang sama, pihak Realme dilihat telah mengacahkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Realme 3 akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Ikut:  Kedai Atas Talian Realme di Lazada



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2VcGCAR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.