Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Fold Dijangka Ke Pasaran Malaysia Menjelang Suku Kedua 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Fold Dijangka Ke Pasaran Malaysia Menjelang Suku Kedua 2019

Samsung Malaysia hari ini telah mengesahkan yang mana telefon pintar boleh-lipat mereka, iaitu Galaxy Fold bakal ke pasaran tempatan menjelang suku kedua 2019 kelak. Walaubagaimanapun, harga jualannya tidak dikongsikan lagi buat masa ini.

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold menggunakan skrin boleh-lipat, dimana ia menggunakan skrin 7.3-inci apabila dibuka, selain skrin 4.6-inci apabila ia dilipat. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya sebagai telefon pintar apabila dilipat, atau sebagai tablet apabila ia dibuka. Skrin yang luas ini juga membolehkan pengguna menjalankan tiga aplikasi pada waktu sama untuk multi-tugasan, atau menikmati media pada paparan bersaiz besar.

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold

Selain itu, ia turut dilengkapi cip pemprosesan 7nm, memori 12GB RAM, dan storan 512GB berasaskan UFS 3.0. Telefon pintar ini menyertakan bateri 4380mAh bersama-sama dengannya.

Untuk rakaman gambar pula, ia menyertakan enam kamera, dimana tri-kamera di belakang, dwi-kamera dihadapan (dalam mod tablet), dan satu kamera hadapan (pada mod telefon).

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold

Buat masa ini, Samsung sekadar mengatakan ia akan hadir pada suku kedua 2019 sahaja, dan tiada harga jualan diumumkan. Berkemungkinan ia akan ditawarkan dalam bentuk terhad – lebih kurang seumpama Note Edge suatu ketika dahulu. Di Amerika Syarikat, telefon ini ditawarkan pada harga $1980, iaitu sekitar RM8051.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EoR1DW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.