Realme Malaysia Mengacah Realme 3 Akan Hadir Tidak Lama Lagi
Realme sebelum ini telah mula mengacah Realme 3 akan diperkenalkan tidak lama lagi di India. Kini, selain di India, Realme Malaysia turut telah mula mengacah kehadiran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.
Melalui laman rasmi Lazada pihak Realme, mereka telah mula meletakkan mesej mengatakan Realme 3 akan datang tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tiada sebarang spesifikasi dan info lanjut yang dikongsikan berkenaan dengannya.
Menurut laporan awal yang hadir semalam, ia dikatakan Realme 3 akan dijana menggunakan cip Helio P60 untuk pasaran global.Info lain masih tidak diketahui lagi.
Dengan pihak Realme yang menerajui arena peranti berspesifikasi pertengahan pada tahun 2018 lepas, semestinya ramai yang akan menantikan pengenalan Realme 3 pada tahun ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GCFvai
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment