Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S10 Hadir Dengan Sokongan “Digital Wellbeing” Untuk Mengawal Penggunaan Peranti Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S10 Hadir Dengan Sokongan “Digital Wellbeing” Untuk Mengawal Penggunaan Peranti Anda

Google melalui Android Pie telah memperkenalkan sebuah ciri baru yang dinamakan “Digital Wellbeing“. Melaluinya, Google membantu anda memantau dan mengawal penggunaan peranti seharian. Pada awalnya, ia hanya ditawarkan untuk telefon pintar berasaskan Android One, selain telefon Pixel sahaja. Kini, ia berubah, apabila Samsung menjadi pengeluar pertama luar Pixel dan Android One yang mengintegrasikan sokongan berkenaan pada telefon pintar Galaxy S10 mereka.

Galaxy S10 Digital Wellbeing

Dengan adanya ciri Digital Wellbeing ini, ia membolehkan anda memantau berapa lama anda menghabiskan masa pada peranti, dan apakah aplikasi yang sering dibuka dan masa yang dihabiskan padanya. Ia juga menyertakan fungsi dinamakan “Wind Down” yang akan mengubah skrin ke hitam-putih atau menghalang notifikasi – sesuai apabila anda hendak tidur.

Galaxy S10 Digital Wellbeing

Ciri ini hadir terbina pada Galaxy S10, sekaligus akan memudahkan lagi para pengguna telefon Samsung ini menguruskan masa dan penggunaan peranti dengan lebih efisien. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti Samsung lain akan menerima ciri lebih kurang sama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IudVhc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.