Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Spotify Akan Terpasang Pada Kesemua Peranti Baharu Samsung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Spotify Akan Terpasang Pada Kesemua Peranti Baharu Samsung

Antara perkara yang kurang menyenangkan apabila membeli peranti baharu ialah memasang semula aplikasi yang digunakan pada peranti terdahulu. Bergantung kepada kelajuan Internet, proses ini boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Spotify hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Samsung. Bermula 8 Mac, aplikasi mereka akan terpasang pada kesemua peranti baharu Samsung.

Ini termasuk pada keluarga Galaxy S10 yang baru sahaja dilancarkan. Di Amerika Syarikat, pemilik Galaxy S10 turut ditawarkan langganan Spotify Premium percuma selama enam bulan. Peranti Galaxy S10+. Galaxy S10 dan Galaxy S10e di Malaysia turut mempunyai aplikasi Spotify terpasang.

Untuk pengguna tempatan, anda boleh mendapat akses Spotify Premium secara tiga bulan secara percuma untuk pembelian Galaxy S10. Tempoh promosi yang disediakan untuk pengguna tempatan adalah hanya sehingga 31 Mei 2019, dan hanya untuk 20,000 pengguna pertama yang menebusnya melalui aplikasi Samsung Members.

Spotify kini menjadi perkhidmatan penstriman muzik rasmi pelbagai peranti Samsung termasuk pada televisyen pintar dan disokong secara terbina pada pembantu maya Bixby serta sistem SmartThings.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NVnepO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.