Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mempatenkan Alat Kawalan Permainan Tersendiri – Bakal Digunakan Untuk Perkhidmatan Penstriman Permainan Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mempatenkan Alat Kawalan Permainan Tersendiri – Bakal Digunakan Untuk Perkhidmatan Penstriman Permainan Mereka

Kemajuan internet telah menyumbang kepada banyak pertumbuhan perkhidmatan baru, antaranya kebolehan menstrim permainan melalui teknologi berasaskan awan. Banyak syarikat yang sedia menawarkan perkhidmatan ini, seperti Nvidia melalui GeForce Now dan Microsoft melalui Projek xCloud. Google juga ingin bersaing dalam arena ini melalui Project Stream, dan kini paten alat kawalan permainan untuknya telah berjaya difailkan.

Paten alat kawalan daripada Google ini dilihat menyerupai seperti alat kawalan konsol-konsol utama, dengan penyertaan butang dan kedudukan kawalan yang standard. Ia dikatakan bakal menyertakan fungsi mikrofon, yang membolehkan pengguna membuat carian melalui pembantu maya pintar daripada Google. Paten ini juga memperlihatkan ia membawa pembesar suara terbina, bagi memudahkan pengguna mendengar isyarat bunyi seperti amaran dan notifikasi.

Google sebelum ini telah memulakan ujian rintis untuk Project Stream yang membolehkan permainan berasaskan awan distrim melalui pelayar web Google Chrome. Ia kini sudah memasuki fasa akhir dan sedia dilancarkan tidak lama lagi. Melalui perkhidmatan ini, ia membolehkan pengguna memainkan permainan bergrafik intensif di Chrome melalui kaedah penstriman, tanpa perlu lagi bergantung kepada perkakasan yang mahal.

Google dijangka akan mengumumkan sejumlah perkara berkaitan dengan permainan pada sebuah acara yang berlangsung pada 19 Mac 2019. Dengan jumlah pengguna Google Chrome yang besar, produk akhir untuk Project Stream ini dijangka akan memberi pesaingan yang hebat kepada arena penstriman permainan ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Cc7ZUt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.