Pengguna iPhone XS Max Dan XS Melaporkan Masalah Animasi Kurang Lancar
Dengan cip Apple A12 Bionic, iPhone XS Max, XS dan XR adalah tiga telefon pintar paling berkuasa di pasaran sekarang. Markah penanda aras Geekbench 4 cip ini masih belum dipintas Snapdragon 855, Exynos 9820 dan Kirin 980. Maka pemilik peranti terkini Apple ini mempunyai harapan tinggi ia mampu berfungsi selancar mentega setiap masa.
Menurut laporan 9to5Mac, sebahagian pengguna iPhone XS Max dan XS kini merungut animasi pada telefon pintar milik mereka kelihatan kurang lancar selepas ia dibiarkan selama 10 saat. Apabila membuka aplikasi atau ingin menukar ke aplikasi lain, animasi kelihatan sedikit tersengguk-sengguk. Seperti terdapat sedikit sela masa sebelum animasi bergerak sejurus selepas jari melakukan tatalan. Masalah ini walau bagaimanapun tidak pula wujud pada iPhone XR.
Pengguna mula menyedari fenomena ini sejak peranti mula dijual Oktober lalu. Terdapat satu halaman khusus di Facebook telah dibuka bagi mengumpul video animasi yang kurang lancar dari pelbagai pengguna.
Terdapat teori mengatakan selepas 10 saat, teras berkuasa tinggi A12 akan direhatkan dan tugas diambil alih teras berkuasa rendah. Apabila sentuhan skrin dilakukan, peranti mengambil masa untuk aktif semula dan ini mengakibatkan animasi kelihatan kurang lancar.
Adakah pembaca Amanz yang menyedari masalah ini pada iPhone XS dan XS Max yang dimiliki? Sekiranya adakah ia isu besar bagi anda?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EI7IsQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment