Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Membawakan Sokongan Kamera Sehingga 192-Megapixel Pada Enam Cip Snapdragon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Membawakan Sokongan Kamera Sehingga 192-Megapixel Pada Enam Cip Snapdragon

Tahun 2019 ialah tahun dimana kita akhirnya melihat peranti yang mempunyai sehingga lima kamera utama pada bahagian belakang seperti yang ditemui pada Nokia 9. Malahan Galaxy S10+ mempunyai lima kamera secara keseluruhan. Namun begitu pemproses yang digunakan ketika dilancarkan seperti Snapdragon 855 hanya menyokong sehingga 32-Megapixel sahaja.

Qualcomm semalam telah mengemaskini spesifikasi sensor kamera untuk cip Snapdragon 855, Snapdragon 845, Snapdragon 710, Snapdragon 675, Snapdragon 670 dan Snapdragon 660. Kesemua cip kini menyokong sensor sehingga 192-Megapixel. Untuk merakam gambar pada resolusi yang amat tinggi ini, sistem Multi Frame Noise Reduction (MFNR) dan Zero Shuttle Lag (ZSL) tidak boleh digunakan.

Dalam bahasa kurang teknikal, untuk merakam gambar 192-MP, terdapat sela masa selepas butang kamera ditekan dan gambar tidak akan menjalani proses pembuangan hingar yang selama ini disokong pada peranti mudah alih.

Kemampuan cip untuk menyokong sistem satu kamera juga telah dipertingkat dari 32-MP ke 48-MP manakala sokongan dwi-kamera meningkat ke 22-MP dari 20-MP sekiranya MFNR serta ZSL digunakan.

Dengan wujudnya sensor 48-MP keluaran Sony dan Samsung tahun lalu, Qualcomm terpanggil untuk mengemaskini kemampuan cip keluaran mereka dan mengurangkan kekeliruan di kalangan pengguna.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J0XOYN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.