Apple Akan Mula Memasang iPhone Mercu Di India
Majoriti iPhone di dunia dihasilkan oleh di China. Kepakaran China serta kos yang lebih rendah menjadikan negara ini pilihan pelbagai pengeluar untuk menghasilkan peranti mereka. Tetapi pada waktu yang sama iPhone SE turut dikilangkan di China di bawah program Made in India yang memberikan potongan cukai. Hasilnya harga jualan peranti ini di India adalah lebih mampu milik.
Tetapi selepas ini China tidak akan menjadi satu-satunya negara iPhone mercu dikilangkan. Menurut laporan The Economic Times, kementerian teknologi maklumat India kini membenarkan Apple memasang peranti mercu seperti iPhone XS Max di negara tersebut. Ini mengesahkan ura-ura yang kami laporkan pada bulan Disember tahun lalu. Kesemua peranti akan dipasang pada kilang yang dikendalikan oleh Wistrom.
Dengan pemasangan iPhone di India, harga jualan boleh dikurangkan sehingga 40%. India ialah pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas China dan Apple melihatnya sebagai negara yang penting untuk masa depan iPhone. Sungguhpun begitu kerana harga jualan yang di luar kemampuan majoriti pengguna, Apple hanya memegang 2% pasaran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H7qqOn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment