Inilah 7 Pesanan Buat Master/PHD’s Beginners, Be Mindful
Artikel ini asalnya dikongsikan oleh saudara Othman Talib di laman sosial Facebook milik beliau. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca.
Bengkel aku di York, Manchester dan London telah memberi pengalaman baru. Kehadiran hampir 200 postgraduates majoritinya PhD candidates sejauh Scotland satu petanda adanya kekurangan dalam membekalkan pengetahuan kepada rakan2 di obersi. Namun aku bersykur dapat mengisi sedikit ruang tersebut.
Kini aku dalam Qatar Airways meninggalkan Heathrow, London. Kapalterbang yang besar yang menjadi sponsor MU ini mula membelah langit dgn tenang. Tanpa sebarang gegaran Lalu aku mengeluarkan laptop dan sekadar mencoret2 lagi maka tercoretlah sesuatu pesanan santai berikut.
Aku perasan ramai yang “gumbira” menunjukkan surat tawaran sebagai calon PhD/master dlm FB masing-masing. Aku personally turut gumbira dan mengucapkan tahniah dn syabas.
Kenapa syabas? Syabas kerana ini adalah satu langkah kemuncak meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia akademik. Menjadikan diri ko sebagai expert in the making…utk kemudiannya menaburkan bakti kepada kemajuan negara. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kehadiran surat tawaran tersebut menuntut lebih dari sekadar perasaan gumbira… kerana kedatangan surat tersebut menuntut “transformation” yang bukan kepalang – perubahan mental dan fizikal secara sistematik utk mencapai kemuncak pengetahuan dan kemahiran tersebut !
Wow…. bahasa canggih tu bro..
Canggih ke? Menjadi calon master/PhD bukan bermakna ko akan terus gumbira lantas membiarkan diri ko dalam mode auto-pilot, semuanya ko biarkan berjalan sendiri mengikut masa, mengikut arus dan mengikut sahaja apa yang disediakan oleh jabatan atau fakulti sebagaimana yang ko lalui semasa undergrad dulu.
Pesanan santai aku…. Mode auto-pilot ini tidak memadai. Apa yang disediakan oleh pihak jabatan ko hanyalah STARTER bukannya MAIN COURSE ! Ko juga tidak boleh bergantung begitu sahaja kepada pengalaman senior mahupun mengharapkan talian hayat dari SV.
Semua ini tidak akan datang begitu sahaja. Ko perlu membuka mind set ko dgn dunia baru yang ko alami… dunia research dan dunia scholar (bukan sekular bro) yang penuh dgn kejutan menuju puncak !
Berikut antara gesaan aku semasa aku kendalikan bengkel2 aku ke seluruh tanah airku sehingga ke Australia, UK dan Disember ini, sedang direncanakan ke Jepun pula !
Pertama:
Langkah awal adalah persiapkan diri utk menguasai bidang kajian ko sendiri supaya ko boleh membuat decision yang waras sepanjang pengajian ko – membaca sambil meneliti pemilihan problem statement dan methodology dalam kajian lepas. Percayalah Ko akan lebih terdedah dgn pelbagai methodology dalam bidang kajian ko dari pembacaan jurnal berbanding dgn mengikuti kelas research methodology. Penguasaan awal ini membolehkan ko “terkesimakan” SV dgn apa yang ko tahu dan pemahaman dengan bidang kajian ko sendiri dgn knowledge yang updated dan terkini serta menyeluruh.
Cuba latihan mudah ini. Cer ko sebut dgn lancar sekurang2nya 10 leading journals dgn publishernya sekali yang mempunyai IF > 1.0 dalam bidang kajian ko sendiri. Bagi yang master cukup sekadar 5 dulu. Boleh?
Pengalaman aku bertanyakan soalan ini agak tragik baik dalam kalangan postgraduate di Msia mahupun di obersi malah ramai yang dah masuk beberapa semester pun bukan sahaja gagal menyebutnya satu persatu malah buat2 tercengang pulak kenapa soalan tersebut diajukan. Selepas beberapa ketika diajukan pulak soalan kepada aku . Apa itu leading journal dan kat mana nak cari IF tersebut? Aku pulak terkesima !!
IF bukan istilah atau formula baru mathematik yang hanya orang mathematik jer yang tahu… IF telah menjadi istilah asas ranking jurnal dalam dunia research
Kedua:
Cer ko sebut pula at least 3 leading authors yang related dengan kajian ko pulak, di universiti mana mereka berada (jika mereka masih hidup) dan bagaimana mereka menghasilkan kajian dan teori yang menjadi ikutan kebanyakkan pengkaji dalam bidang kajian ko tersebut?
Bila aku ajukan soalan ini sekali lagi aku akan ditanya camner kita nak tahu siapa leading author tu? Ini samalah spt seorang yang bercita-cita ingin menjadi pengkaji dan pengkritik filem komedi tetapi tercengang kehairanan bila disebut nama Charlie Chaplin sebab yang dia tahu hanyalah Nabil – ko fikirkanlah sendiri !!
Ketiga:
Dua langkah di atas jika ko berjaya menjawabnya adalah “indicator” mudah menunjukkan ko telah membaca sumber yang valid bagi mengetahui asas dalam bidang kajian ko sendiri. Langkah ini membolehkan ko berada dalam “kasut” SV melihat diri ko dari perspektif seorang SV see thing form his / her view point. Dgn ini ko akan mula bercakap bahasa dgn isi yang selaras dgn expectation SV ko berbincang dgn SV sebagai seorang yang bermaruah bukan menunggu sahaja utk disergah !
Keempat:
Ko perlu berusaha utk menjadi superior seawal mungkin Tanpa perlu menunggu lama. Bukan mudah utk menguasai segala info dari bacaan artikel jurnal jika sekali baca tak faham dan ko give up ko akan tewas. Membaca buat ko berfikir membuka ruang utk ko menyedari ceteknya apa yang ko tahu dan menambah senarai ketidaktahuan adalah jauh lebih baik dari tidak tahu apa2 dan tidak melakukan apa2 utk mengetahuinya.
Pembacaan 2, 3 kali mungkin ko tidak akan menemukan “aha moment”. Ingat bro… bila ko tak tahu sesuatu…. itu bukan masalah SV ko atau masalah dunia PhD dan master ….ITU ADALAH MASALAH KO SENDIRI ! Jika ko stress…. kemudian anxiety dan lama-lama ko panic…. otak ko tak boleh berfungsi… dunia dihadapan ko semuanya kelihatan blurr…
Sikit kisah aku. Dulu aku pernah habiskan 3 hari 3 malam hanya utk memahamkan dua istilah ini – sympathetic dan parasympathetic bagi nervous system yang lumpuh kerana gas cyanide ketika aku buat satu project pasal gas pembunuh ini. Selepas 3 hari berhempas pulas .Habis semua buku dan sumber yang ada dilibrary ketika itu aku baca. Terkebil2 otak aku nak digest amende yang aku baca….then validkan apa yang aku faham dgn lecturer biology barulah timbul “aha moment” tersebut yezzza !! Then bila aku present. Kaitkan tindakbalas kimia dgn nervous system yang lumpuh terkesimalah lecturer chemistry aku… pe lagi dapat A+ ler !!
Kelima:
Ketahuilah bahawa ko dikeliling dengan teknologi dan gadget. Inilah zaman “IT driven transformation” dalam dunia “information overloaded” yang multitasking. IT akan membantu ko yang berada dalam situasi “too much work to do but not enough time to do it…” sebagai tool yang efficient utk ko tidak terperangkap dalam situasi vicious cycle of worrying…
Keenam:
Sebagai calon baru….cuba memahami dunia research dgn membaca kajian2 lepas dari sumber artikel jurnal pastinya mencabar. Memang tertekan membaca jurnal yang kaya dgn jargon dan padat dgn data. Terokai istilah2 ini yang wujud bukan dalam satu artikel…. malah puluhan artikel yang dikaji oleh pelbagai researcher…. sehinggalah ko akan dapati tiada apa yang sukarnya lagi memahami istilah tersebut. Jika tujuan ko nak memahami sesuatu tapi reality nya ko tak tahu apa nak buat…. adakah ko berfikir OPTION yang ko ada?
Ketujuh:
Sebagai beginners Ko wajib kuasai software analisis data, seawal semester pertama. SPSS, Eview, Rasch, AMOS, SmartPls, Atlas.ti, Nvivo pilihlah mana satu yang sesuai. Jika tak sure mana satu Esp bagi calon social science mulakan dulu dgn menguasai SPSS dan hadiri bengkel for beginners di mana sahaja ada peluang.
Semua di atas bukan tips Tetapi sebahagian langkah awal utk dilakukan jika sudah bergelar calon master / PhD. Jika ko dah mula kebingongan nak faham apa yang aku tulis di atas kegumbiraan ko mendapat surat tawaran tidak akan kekal lama masa utk mulakan langkah pertama dahulu.
OT – Qatar Airways
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tSCGtq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment