Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Penstriman Digital Disney+ Dikatakan Bakal Hadir Dengan Seluruh Katalog Filem Dan Siri TV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Penstriman Digital Disney+ Dikatakan Bakal Hadir Dengan Seluruh Katalog Filem Dan Siri TV

Perkhidmatan penstriman Disney+ oleh syarikat Disney sebelum ini sering diura-urakan sebagai pencabar terdekat kepada Netflix, tetapi tidak banyak butiran mengenainya diketahui.

Terkini, nampaknya perkhidmatan tersebut bakal menjadi kenyataan apabila pelbagai laporan menyatakan bahawa Bob Iger, CEO syarikat Disney membuat pengumuman di mesyuarat pemegang saham bahawa Disney+ bakal mempamerkan kesemua katalog filem dan siri televisyen Disney yang pernah ditayangkan.

Katalog ini, yang dinamakan “Vault” ialah “peti simpanan” Disney dimana kesemua filem dan siri dibawah naungan Disney disimpan. Ini termasuklah filem-filem terbaru seperti siri filem Marvel hinggalah filem animasi klasik seperti Snow White, Little Mermaid, The Lion King dan sebagainya.

Disney sebelum ini menggunakan sistem Vault ini untuk menjual filem-filem mereka pada kuantiti yang sedikit, akan tetapi, dengan perkhidmatan Disney+ kelak, mungkin ia lebih mudah untuk menonton filem-filem animasi kegemaran anda.

Satu lagi isu disini ialah buat masa ini, masih tiada butiran sama ada perkhidmatan ini akan hadir untuk pengguna-pengguna di seluruh dunia, ataupun untuk pasaran yang tertentu sahaja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IZbyDy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.