Google Play: Lebih Banyak Aplikasi Akan Mempunyai Iklan, Pengguna Akan Terima Ganjaran
Iklan adalah salah satu kaedah untuk menjana pendapatan. Bukan sahaja di dunia nyata, dunia digital turut mempunyai iklan. Telefon pintar Xiaomi dijual pada harga berpatutan, tetapi terdapat iklan terbina dalam sistem. Ada juga aplikasi yang menarik digunakan dan percuma, tetapi penuh dengan iklan.
Google dilihat, ingin membantu para pembangun menjana lebih pendapatan melalui ‘Rewarded Product’. Program ini secara asasnya adalah pembangun perlu mengintegrasi iklan daripada Google dalam aplikasi mereka. Pembangun akan terima pendapatan dan untuk pengguna, mereka akan terima ganjaran.
Walaupun sebelum ini ada banyak aplikasi percuma penuh dengan iklan mengarut, melalui program ini – iklan-iklan adalah daripada rakan kerjasama Google melalui platform AdMob. Jadi, iklan-iklan yang akan terpapar adalah sah dan tidak menjengkelkan. Lebih menarik, iklan ini tidak akan terpapar secara tiba-tiba dan mengganggu pengguna menggunakan aplikasi. Pembangun perlu sertakan butang khas, ‘watch ads’ – di mana jika pengguna ingin ganjaran, butang perlu ditekan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H6E3gI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment