Unifi Mobile Bekerjasama Dengan Celcom Untuk Liputan 4G Yang Lebih Luas
Celcom sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia sebelum ini, sekaligus membolehkan para pengguna Unifi Mobile menggunakan rangkaian 2G dan 3G dariapda Celcom di kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh pihak Unifi Mobile.
Terkini, kerjasama berkenaan turut diperluaskan, dimana melalui kerjasama baru yang diumumkan, pihak Unifi Mobile turut “menyewa” rangkaian 4G daripada Celcom. Kerjasama ini diumumkan untuk tempoh tiga tahun akan datang – iaitu sehingga 2022 kelak.
Dengan liputan meluas Celcom untuk rangkaian 4G, hal ini sekaligus akan menguntungkan pelanggan Unifi Mobile untuk kekal berhubung pada kelajuan tinggi – apatah lagi dengan penawaran beberapa data yang khusus untuk penggunaan 4G LTE sahaja.
Lanjutan daripada pengumuman ini, kita mungkin akan dapat melihat kesan implementasinya secara meluas dalam minggu-minggu akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CcLkHU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment