Hi! Welcome Back and Stay Tune! HMD Global Menerangkan Isu Nokia 7 Plus Menghantar Data Peribadi Ke China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HMD Global Menerangkan Isu Nokia 7 Plus Menghantar Data Peribadi Ke China

Semalam laman NKR dari Finland mendapati sebilangan Nokia 7 Plus yang dijual di Eropah menghantar data peribadi ke pelayar di China. Ini jelas melanggar undang-undang GDPR yang diperkenalkan tahun lalu. HMD Global pantas memberikan kenyataan rasmi mengenai isu ini dan telah menjelaskan apa yang berlaku dengan lebih lanjut.

Menurut mereka perisian pengaktifan peranti untuk kegunaan di China secara tidak sengaja telah digunakan pada Nokia 7 Plus di China. Ini hanya melibatkan sekumpulan peranti yang dihasilkan oleh mereka. Kesilapan telah disedari dan dibaiki menerusi kemas kini yang diberikan pada Februari 2019. Menurut HMD Global lagi, tiada sebarang maklumat telah dikongsi dengan pihak ketiga akibat kesilapan ini.

Tambah mereka lagi, data yang dikumpul adalah untuk tujuan mengaktifkan tempoh jaminan, melakukan diagnostik, meningkatkan kepuasan pengguna dan meningkatkan pengalaman produk. Peranti HMD Global yang dijual pada pasaran global menghantar data yang dikumpul ini ke pelayar yang terletak di Singapura. Pelayar yang diselenggara oleh Amazon AWS ini menepati keperluan privasi yang ditetapkan oleh GDPR.

Peranti yang dijual di China pula menghantar maklumat ke pelayar di China bagi mematuhi untuk-untuk keselamatan siber negara tersebut. Jika anda membeli peranti Nokia di China, data akan dihantar ke China walaupun anda tidak tinggal di negara tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FkOtpB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.