Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S10 – Telefon Pintar Dengan Panel Paparan Yang Sangat Menawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S10 – Telefon Pintar Dengan Panel Paparan Yang Sangat Menawan

Panel paparan atau skrin pada telefon pintar keluaran Samsung tidak pernah mengecewakan. Melalui Galaxy S10, pihak Samsung terus membawa ia setapak lagi kehadapan, sekaligus memegang taktha sebagai panel paparan yang paling tercantik pada telefon pintar pada hari ini.

Samsung menggunakan panel paparan Infinity-O pada resolusi 19:9 di Galaxy S10. Ini sekaligus membolehkan anda menikmati pelbagai kandungan pada skrin bersaiz besar, dan tidak terganggu dengan penggunaan takuk yang kebiasaannya menutup sebahagian daripada kandungan ketika ia dimainkan – terutamanya video dan permua.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10 juga turut menggunakan panel paparan Dynamic AMOLED yang serba baru. Ia menawarkan kadar kecerahan mencapai 1200 nit, selain turut menyokong HDR10+ – iaitu piawaian genrasi baru untuk paparan HDR di video. Ini sekaligus membolehkan anda menikmati kandungan pada kualiti di sinema terus melalui panel paparan di telefon pintar anda – dimana-mana, dan pada bila-bila masa.

Samsung Galaxy S10

Malah, panel paparan Dynamic AMOLED ini juga turut akan mengoptimasikan pewarnaan yang terhasil, selain penggunaan hitam asli dalam menjadikan sesuatu paparan berkenaan lebih cantik dan jitu.

Melalui ujian pakar juga, panel Dynamic AMOLED ini dikatakan mengurangkan pencahayaan biru, sekaligus memberikan lebih keselesaan pada mata ketika penggunaan masa panjang, selain memudahkan anda tidur pada waktu malam. Melengkapkan ia juga, Samsung menggunakan One UI yang turut hadir dengan pilihan tema gelap bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S10

Bagi anda yang mementingkan paparan kandungan, selain turut ingin menikmati teknologi terkini seperti Gorilla Glass 6 dan juga HDR10+, Galaxy S10 adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga bermula RM3299.

Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YelBrO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.