Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokongan ‘Live Photos’ Mungkin Akan Hadir Pada Perkhidmatan Twitter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokongan ‘Live Photos’ Mungkin Akan Hadir Pada Perkhidmatan Twitter

Sejumlah besar jaringan sosial masih tidak menyokong fungsi perkongsian Live Photos sehingga hari ini. Ia membuatkan perkongsian menjadi gambar statik sahaja tanpa sebarang pergerakan yang menarik. Namun Twitter dikatakan sedang menguji fungsi ini dan mungkin akan memperkenalkannya pada akan datang.

Perkara ini telah diperlihatkan melalui kod yang terdapat pada Twitter for iOS, dengan menerangkan ia menyokong Live Photos. Bermakna, Twitter kelak akan membolehkan pengguna menghantar dan melihat Live Photos ini melalui proses pertukaran gambar menjadi format GIF.

Buat masa ini, sekiranya pengguna ingin menghantar gambar ke Twitter, pengguna perlu menuju aplikasi Photos dan menukar Live Photos ini menjadi Loop atau Bounce. Selepas salah satu animasi ini dipilih, pengguna boleh melakukan perkongsian ke Twitter dengan menukarkannya menjadi format gambar GIF. Perkara ini agak sedikit melecehkan, membuatkan perkongsian gambar Live Photos ini jarang dihasilkan secara manual.

Bagi yang kurang mengenali Live Photos, ia membolehkan pengguna melihat gambar bergerak dengan menekan lama pada gambar tersebut untuk seketika. Ia dijayakan dengan mengambil video ringkas selama 3 saat, iaitu 1.5 saat pada sebelum dan selepas setiap kali gambar diambil. Ia telah diperkenalkan melalui pelancaran iPhone 6S pada tahun 2015, dan kemudiannya digunakan pada versi iPhone terkini.

Twitter masih lagi tidak memberi sebarang tarikh mengenai sokongan Live Photos akan hadir pada perkhidmatan mereka. Disebabkan ia masih difasa ujian, ia mungkin akan dibuang sekiranya sokongan ini kurang relevan untuk diletakkan pada perkhidmatan mereka. Namun setelah melihat Facebook yang sedia menyajikan sokongan ini sejak 2015, Twitter mungkin akan turut menawarkannya dalam membolehkan perkongsian gambar menjadi lebih menarik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FvXq0V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.