iPhone 11 Mungkin Boleh Mengecas Peranti Lain Secara Nirwayar Dan Dijual Dengan Pengecas Pantas
Huawei Mate 20 Pro memperkenalkan fungsi pengecasan peranti lain secara nirwayar tahun lalu. Fungsi ini kemudian ditemui pula pada kesemua model Galaxy S10 yang dijual bulan lalu. Menurut laman Macotacara, iPhone 11 kelak juga akan akhirnya menyokong fungsi menarik ini.
Mereka memetik sumber yang membekalkan komponen kepada Apple di China. Menerusi sistem pengecasan nirwayar dua hala ini, Apple Watch dan iPod baharu boleh dicas di belakang iPhone 11 apabila diperlukan. Ini meletakkannya setaraf dengan Galaxy S10 yang boleh mengecas Galaxy Watch Active dan Galaxy Buds secara nirwayar.
Dalam laporan yang sama, Apple turut dijangka menyertakan pengecas pantas 18W dengan setiap pembelian Apple 11. Buat masa ini Apple hanya menyertakan pengecas 5W dengan setiap pembelian. Di Malaysia pengecas pantas dibeli berasingan pada harga bermula dari RM238.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TnbQE8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment