Tesla Menyaman Bekas Pekerja Yang Didakwa Mencuri Kod Sumber
Dengan kemampuan swapandu tahap 2, kereta keluaran Tesla mampu memandu dengan selamat tanpa bantuan manusia apabila berada di lebuh raya. Teknologi mereka ini adalah harta intelek yang dirahsiakan bagi memberi kelebihan berbanding pengeluar lain yang turut membangunkan kereta swapandu mereka.
Menurut laporan Reuters, Tesla semalam telah memfailkan sama ke atas bekas pekerja yang didakwa mencuri kod sumber sistem pemanduan Autopilot mereka. Guangzhi Cao dituduh mencuri 300,000 fail dari Tesla sebelum berpindah ke syarikat Xiapeng Motors Technology Company yang turut membangunkan kenderaan swapandu mereka. Pihak Xiapeng kelah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka tidak menyedari tindakan salah laku yang dilakukan Cao dan syarikat itu telah memulakan siasatan dalaman mengenai isu ini.
Pada waktu yang sama Tesla turut menyaman empat lagi bekas pekerja yang kini bertugas di Zoox Inc kerana mencuri rahsia syarikat berkenaan logistik dan kawalan inventori gudang. Tidak seperti Xiaopeng, Zoox Inc masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan ke atas empat pekerja mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Hz0nQv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment