Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S10+ Membolehkan Anda Merakamkan Gambar Dan Video Seumpama Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S10+ Membolehkan Anda Merakamkan Gambar Dan Video Seumpama Pro

Dengan penawaran telefon pintar yang semakin banyak pada hari ini, salah satu ciri yang menjadi keutamaan ramai sebelum membeli peranti adalah sokongan kamera padanya. Sekiranya anda turut mencari telefon pintar dengan sokongan kamera yang baik, mungkin tidak perlu memandang jauh lagi, dan mungkin sudah boleh menyambar telefon pintar Galaxy S10+ terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S10+ hadir dengan sokongan multi-kamera belakang yang menawarkan kemudahan untuk anda merakamkan gambar seumpama seorang profesional – tanpa memerlukan anda membuat pelbagai tetapan yang sukar seperti pada sesuatu kamera biasa.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10+ menyertakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 12-megapixel utama, lensa 16-megapixel untuk rakaman sudut lebar, dan 12-megapixel untuk telefoto.

Menggunakannya, anda boleh merakamkan gambar dalam pelbagai keadaan dengan mudah dan cantik. Ingin merakamkan gambar panorama? Mudah sahaja, aktifkan kamera dengan sokongan rakaman sudut lebar.

Galaxy S10+ turut menggunakan lensa kamera dwi-aperture dalam mengabungkan penghasilan warna yang cantik pada gambar – tidak kira ketika hari cerah, atau ketika waktu malam. Hal ini sekaligus mengurangkan kesan hingar pada gambar, selain menjadikan hasil rakaman ketika waktu gelap lebih jelas lagi.

Pada Galaxy S10+, Samsung bukan sahaja menginovasi pada kamera belakang, tetapi juga pada kamera swafoto. Galaxy S10+ menawarkan dwi-kamera pada bahagian hadapan dalam menghasilkan rakaman swafoto artistik dengan sokongan Live Focus.

Menariknya juga, ia menyertakan sokongan rakaman video UHD pada kamera hadapan – sekaligus menjadikan rakaman pelbagai video “Stories” anda lebih cantik dan jelas berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.

Galaxy S10

Bercakap mengenai “Stories”, pihak Samsung turut bekerjasama dengan Instagram dalam menyertakan mod khusus terus pada aplikasi kamera di Galaxy S10+. Ini sekaligus memudahkan anda untuk merakamkan gambar dan berkongsi terus ke Instagram. Selain daripada itu, ini turut memudahkan anda berkongsi gambar dengan rakaman cantik pada Instagram – berbeza berbanding pelbagai telefon Android lain di pasaran hari ini.

Selain daripada sokongan gambar yang cantik, pihak Samsung turut menyertakan sokongan rakaman video yang cemerlang pada telefon pintar ini. Salah satu ciri yang mencuri perhatian kami adalah “Super Steady” yang memudahkan anda merakamkan video cengan cantik walaupun sekiranya tangan anda bergegar.

Samsung turut menyertakan sejumlah ciri-ciri pintar pada aplikasi kamera mereka secara terbina, sekaligus mengoptimasikan pelbagai rakaman anda secara automatik, dan memberikan anda hasil seumpama rakaman jurugambar profesional.

Samsung Galaxy S10

Dengan pelbagai penawaran ini, ia tidak mengejutkan apabila Galaxy S10+ kini memegang taktha skor sebagai telefon pintar dengan sokongan kamera terbaik di pasaran oleh DxOMark.

Sekiranya anda mencari telefon dengan sokongan kamera terbaik, semestinya Galaxy S10+ merupakan salah satu pilihan anda. Ia boleh didapati pada harga bermula RM3699 hari ini melalui para pengedar Samsung seluruh negara. Selain Galaxy S10+, anda turut boleh melihat kepada siri Galaxy S10 lain, termasuk Galaxy S10E yang boleh didapati pada harga RM2699.

Penafian : Ini adalah Advertorial daripada pihak Samsung Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TOHNt5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.