Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Huawei P30 Dan P30 Pro Tertiris – Apa Kata Anda Mengenai Penawaran Huawei Ini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Huawei P30 Dan P30 Pro Tertiris – Apa Kata Anda Mengenai Penawaran Huawei Ini?

Huawei bakal mengadakan acara pelancaran Huawei P30 secara rasminya pada 26 Mac 2019 kelak. Selari dengannya, kita telah melihat sejumlah gambar dan info tertiris sebelum ini, dan kini WinFuture berkongsi spesifikasi penuh yang bakal dibawakan oleh Huawei P30 dan juga Huawei P30 Pro.

Huawei P30 Pro

Huawei P30 Pro dijangka akan menjadi fokus utama, dengan sokongan zoom sehingga 10x. Ia diperkatakan P30 Pro akan menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 7.8x, selain sokongan zoom hibrid sehingga 10x.

Dari segi spesifikasi, Huawei P30 Pro dijangka hadir dengan skrin 6.47-inci OLED, penyertaan pengimbas cap jari pada skrin, cip Kirin 980, memori 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Ia turut dijangka menyertakan bateri berkapasiti 4200mAh dengan kebolehan pengecasan pantas, selain sokongan kalis air.

Untuk bahagian kamera, Huawei P30 Pro dijangka hadir dengan kamera utama 40MP, kamera 20MP untuk rakaman sudut lebar, dan juga sensor untuk zoom sebesar 8-megapixel. Huawei P30 Pro turut akan menyertakan sensor ToF pada bahagian bawah lampu LED Flash.

Huawei P30 Pro

Huawei P30 pula dijangka bersaiz sedikit kecil – berskrin 6.1-inci OLED, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 3650mAh, selain penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang – tanpa sensor ToF. Menariknya juga, Huawei P30 dijangka mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm – tetapi mungkin tidak menyertakan sokongan zoom 10x.

Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar baru mereka ini pada acara yang dijadualkan pada 26 Mac kelak. Selain telefon pintar, mereka juga dijangka menawarkan beberapa kejutan lain kepada pengguna ketika acara berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TMXnWq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.